Kegiatan membeli-belah dalam talian atau online di Malaysia bakal meningkat sempena musim perayaan akhir tahun ini, menurut kaji selidik terbaru oleh firma perkhidmatan Internet, Rakuten.
Rakuten: Beli-belah dalam talian musim perayaan bakal meningkat di Malaysia. Kaji selidik terbaru mendapati orang ramai menghargai hadiah semasa musim percutian Krismas dan penghujung tahun.
Sebanyak 70% rakyat Malaysia yang membeli-belah dalam talian dijangka akan membeli lebih banyak hadiah , atau sekurang-kurangnya dalam bilangan yang sama sempena sambutan perayaan Krismas tahun ini berbanding tahun lalu. Tiga kategori popular bagi pembelian akhir tahun ialah fesyen dan aksesori, makanan dan minuman, dan elektronik dan perkakasan.
Para responden memilih saluran dalam talian sebagai destinasi beli-belah Krismas mereka atas sebab kemudahan (80%), senang melayar dan membuat perbandingan produk (52%) dan kecekapan kos denagn rebat yang menarik dan program-program kesetiaan pelanggan (48%).
Kaji selidik tersebut juga mendapati bahawa pada tahun 2014, sebanyak 80% responden telah meningkatkan atau mengekalkan perbelanjaan beli-belah Krismas dalam talian, dengan purata kenaikan jumlah perbelanjaan sebanyak 18% berbanding tahun sebelumnya.
Kaji selidik Rahsia Beli-Belah Rakuten 2015 ini melibatkan lebih daripada 500 responden lelaki dan wanita berusia antara 20 hingga 60 tahun di Malaysia. Ini merupakan tahun kedua berturutan kaji selidik tersebut dilancarkan oleh Rakuten, iaitu syarikat pengendali Rakuten Online Shopping yang merupakan salah satu daripada pusat pasaran dalam talian paling cergas di Malaysia.
“Penemuan dalam kaji selidik ini membawa berita baik bagi peruncit online dan industri terbabit, lebih-lebih lagi dalam iklim ekonomi semasa. Krismas dan tempoh penghujung tahun selalunya menjadi kemuncak musim beli-belah, dan keadaan ini dijangka kekal bagi tahun ini. Peruncit dalam talian meraih peluang keemasan ini untuk menarik lebih ramai pelanggan yang turut berpusu-pusu membeli-belah serta saling memberi dan menerima hadiah,’’ kata Masaya Ueno, Pengarah, Rakuten Asia.
Hadiah Krismas sememangnya sangat dihargai
Mengesahkan musim perayaan sebagai masa yang tepat untuk memberi hadiah, kaji selidik itu menunjukkan bahawa orang ramai memang menghargai hadiah yang mereka beri atau terima. Sebanyak 76% responden mengingati apa yang mereka terima daripada orang tersayang ketika Krismas, dan peratusan serupa (74%) mengingati apa yang mereka belikan bagi orang lain.
Majoriti responden (76%) menyatakan bahawa mereka tidak pernah menerima sebarang hadiah yang tidak sukai. Jika adapun, 4 daripada 5 orang akan memilih sama ada untuk mengguna semula hadiah itu dan memberikannya kepada orang lain, atau menyumbangkannya kepada badan kebajikan. Sebagaimana praktikal pun, hanya 1 daripada 10 orang akan menjual hadiah yang diterima, manakala 2 daripada 5 orang akan menyimpannya di sesuatu tempat dan kemudian melupakannya.
Lanjutan penghargaan mereka terhadap aktiviti saling memberi hadiah, hasil kaji selidik itu juga merumuskan bahawa orang ramai sangat bersedia untuk meluangkan masa dan berbelanja pada musim perayaan ini. Orang ramai didapati mengambil masa yang paling lama apabila mencari hadiah Krismas bagi teman dan pasangan suami isteri mereka – secara purata 4.3 jam – diikuti purata 4.1 jam untuk diri sendiri. Ini melangkaui jumlah masa diambil untuk orang yang mereka jatuh hati dan ibu mertua (3.7 jam). Haiwan peliharaan juga mendapat kasih sayang dengan 2.9 jam diluangkan secara purata.
Di samping itu, bilangan perbelanjaan terbesar ke atas hadiah Krismas adalah untuk pasangan suami isteri dan teman (RM182), diikuti hadiah untuk diri sendiri (RM176), dan ibu mereka (RM157). Jika responden hanya boleh membeli hadiah untuk seorang sahaja, 37% memilih teman atau pasang suami isteri mereka, manakala 19% memilih ibu atau diri sendiri.
Pembeli mahukan ganjaran lebih besar
Kegiatan membeli-belah secara dalam dijangka akan berterusan walaupun selepas perayaan Krismas. Lebih daripada separuh (56%) pembeli menyatakan bahawa mereka pasti akan membeli-belah dalam tempoh seminggu atau dua minggu sebelum permulaan Tahun Baharu. Trend ini secara umumnya disebabkan keinginan orang ramai untuk menikmati potongan diskaun besar (72%), mahu memulakan tahun baharu dengan barangan baru (38%), atau memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas bekerja keras sepanjang tahun (27%).
En. Ueno menambah, “Sementara musim penghujung tahun yang lazimnya masa tersibuk bagi pusat pasaran dalam talian dan peruncit, kami di Rakuten mengambil selangkah ke hadapan untuk menjadikannya lebih lumayan bagi pembeli. Kami telah menyediakan katalog barangan yang dinanti-nantikan oleh pembeli bagi musim akhir tahun, dan pada masa sama, meletakkan harga yang menarik selain jaminan ganjaran gandaan mata kami. Semua ini adalah langkah berterusan agar konsumer mendapat pengalaman beli-belah yang menghiburkan.”
Rakuten baru-baru ini melancarkan program 5x Rakuten Super Point-back, yang setara dengan rebat 5% ke atas apa sahaja yang boleh dicari dalam Rakuten, setiap hari, tanpa had kepada jumlah rebat. Maklumat berkenaan program 5x Rakuten Super Point-back ini boleh diperoleh dalam laman web Rakuten, www.rakuten.com.my.
3 Perkara Penting Yang Mesti Diketahui Semasa Membeli-belah Hadiah Musim Perayaan Dalam Talian
1. Ketahui di mana untuk bermula – Tidak kira keluarga ataupun rakan sekerja, anda perlu bermula dengan senarai penerima dan barangan yang bersesuaian bagi mereka. Sedikit perancangan perlu dibuat terhadap bajet, supaya anda sentiasa sedar dengan apa yang mampu diperolehi semasa melayari laman beli-belah online. Baca butiran sebelum membuat keputusan. Laman beli-belah online yang bagus akan memberi anda maklumat secukupnya tentang sesuatu produk, selain terma dan syarat tertentu. Sama ada kos penghantaran, masa penghantaran, atau dasar pemulangan dan pertukaran, pastikan anda tahu semua butiran sebelum membuat sebarang pembelian.
2. Ketahui daripada siapa anda beli – Dalam dunia dalam talian, semuanya bergantung pada kredibiliti dan tahap kepercayaan. Pilih laman beli-belah online yang disahkan dengan reputasi teguh di peringkat global, di mana anda boleh membeli-belah dengan jaminan bahawa anda membeli produk terus daripada penjual sah. Anda tentunya tidak mahu membeli produk tiruan atau barangan berkualiti rendah, atau lebih teruk, urus niaga tidak jujur dan akhirnya tidak menerima sebarang produk.
3. Ketahui apa yang akan anda perolehi – Ini adalah musim perayaan, jadi tidak salah memberi ganjaran bagi diri sendiri atas setiap ringgit yang dibelanjakan. Carilah laman web yang menawarkan program kesetiaan, seperti Rakuten Super Points, di mana pelanggan boleh mengumpul mata dengan setiap pembelian dan menggunakannya sebagai diskaun untuk pembelian seterusnya. Program rebat 5% yang pertama dilancarkan ini seumpamanya, disasarkan untuk memberi ganjaran kepada pembeli menerusi Rakuten Super Points yang setara dengan 5% nilai pembelian mereka tidak kira apa sahaja barangan yang ditawarkan oleh Rakuten. Mata terkumpul ini boleh diguna seperti wang tunai bagi pembelian seterusnya.
Mengenai Rakuten
Rakuten, Inc. (4755:Tokyo), adalah satu daripada syarikat peneraju perkhidmatan Internet dunia, memberikan pelbagai perkhidmatan kepada konsumer dan perniagaan, termasuk bidang-bidang e-perdagangan, eBacaan, pengembaraan, perbankan, sekuriti, kad kredit, eduit, logistik, portal dan media, pemasaran online dan sukan profesional. Sejak 2012, Rakuten telah melakukan perluasan di seluruh dunia dan kini beroperasi di seluruh Asia, Eropah, benua Amerika dan Oceana. Ditubuhkan pada 1997, Rakuten berpangkalan di Tokyo, dengan lebih 10,000 kakitangan dan staf rakan kongsi di seluruh dunia.