in , ,

Shopping di Store Chuck’s Lebih Mudah Dengan Samsung Galaxy Z Flip 6

Samsung Galaxy Z Flip 6 Bantu Terjemah Bahasa Korea di Store Chucks

Baru-baru ini, Budiey telah berpeluang untuk shopping sambil santai-santai di store Chuck’s yang terletak di The Gardens, Mid Valley. Bagi Budiey, ini adalah salah satu pengalaman yang cukup menarik dan unik buat Budiey, terutamanya kerana peluang ini datang dengan sokongan daripada Samsung. Terima kasih kepada Samsung kerana memberikan pengalaman yang ohsem ini!

Ha, selama ni, Budiey tak pernah shopping di kedai yang menggunakan perkataan dan ayat dalam bahasa Korea. Kalau tak terbang ke Korea manalah nak dapatkan pengalaman macam ni.

BUDIEY DI CHUCKS x SAMSUNG

Jadi, terima kasih kepada teknologi yang ada pada telefon pintar terbaharu dari Samsung iaitu Samsung Galaxy Z Flip6. Budiey sempat mencuba features atau ciri terkini iaitu Interpreter dan Circle to Search.

Shopping di Store Chucks Lebih Mudah Dengan Samsung Galaxy Z Flip 6

Apa yang menarik perhatian Budiey ialah penggunaan teknologi terkini Samsung Galaxy Z Flip 6. Walaupun tak faham sepenuhnya perkataan-perkataan dalam bahasa Korea yang terdapat di store Chucks, teknologi AI Interpreter pada Samsung Galaxy Z Flip 6 benar-benar membantu memahami perkatan yang Budiey tengok pada label produk kat kedai ini. Dengan hanya menggunakan telefon tersebut, Budiey dapat menterjemahkan perkataan-perkataan Korea dengan mudah dan cepat. Memang terbaik!

Shopping di Store Chucks Lebih Mudah Dengan Samsung Galaxy Z Flip 6

Ciri Circle to Search – Shopping Jadi Lebih Mudah

Selain itu, satu lagi ciri yang sangat cool ialah Circle to Search di Samsung Galaxy Z Flip 6. Ciri ini membolehkan Budiey buat carian tentang produk Chucks dengan hanya melingkari produk yang diinginkan menggunakan kamera telefon dan snap gambarnya. Maklumat tentang produk terus keluar! Memang memudahkan Budiey untuk shopping dengan lebih pantas dan efisien. Fuh! Cukup pantas sekali!

Cciri Circle to Search yang memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dengan pantas. Dengan keperluan maklumat yang cepat dan tepat pada masa kini, ciri ini pastinya memberikan pengalaman yang lebih efisien dan menyeronokkan.

Peranti pintar ini membantu mempermudahkan proses ini dengan ciri canggihnya, Circle to Search atau Bulatan ke Carian. Sama ada anda sedang mencari maklumat tentang barangan yang anda temui kat kedai, mengenal pasti tanda tempat ketika melancong, atau sekadar ingin tahu lebih lanjut tentang objek yang anda lihat, fungsi ini menjadikan segalanya lebih mudah.

Shopping di Store Chucks Lebih Mudah Dengan Samsung Galaxy Z Flip 6

Caranya? Hanya bulatkan objek atau teks yang anda mahu cari menggunakan jari anda pada skrin, dan Galaxy Z Flip6 akan segera memberikan hasil carian yang berkaitan. Ini tentunya menjimatkan masa, tanpa perlu menaip panjang dan menghabiskan masa meneliti maklumat secara manual.

Pengguna boleh melakukan pelbagai carian secara serentak. Ini bermakna anda boleh mencari maklumat tentang lebih daripada satu objek pada masa yang sama, menjadikan pencarian maklumat lebih efisien dan lancar.

Bayangkan situasi di mana anda sedang membeli-belah dalam talian. Dengan Galaxy Z Flip6, anda boleh mencari produk sambil membandingkan maklumatnya di laman web lain – semuanya dilakukan dalam satu paparan skrin yang sama.

Shopping di Store Chucks Lebih Mudah Dengan Samsung Galaxy Z Flip 6

Jom Kunjungi Store Chuck’s dan Cuba Samsung Galaxy Z Flip 6!

Kepada korang yang ingin tahu lebih lanjut tentang produk-produk di store Chucks atau nak rasa sendiri kehebatan Samsung Galaxy Z Flip 6, jangan lepaskan peluang untuk datang ke store Chucks di The Gardens, Mid Valley sebelum 30 September ini.

Selain shopping, korang boleh cuba sendiri ciri-ciri terkini yang ada pada telefon pintar ini. Jangan lepaskan peluang untuk alami pengalaman yang luar biasa dan cool seperti Budiey!

Thank you Chuck’s & Samsung Malaysia!

Shopping di Store Chucks Lebih Mudah Dengan Samsung Galaxy Z Flip 6
Shopping di Store Chucks Lebih Mudah Dengan Samsung Galaxy Z Flip 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shokz Bawa Teknologi Audio Telinga Terbuka ke Tahap Baru dengan OpenRun Pro2