Shopee, pasaran sosial mudah alih No 1 di Asia Tenggara dan Taiwan melancarkan ‘Jualan Harga Telefon Bimbit Terendah’ dari 20 hingga 27 April 2017 di seluruh negara untuk kekal selari dengan perkembangan terbaharu produk teknologi. Sepanjang kempen ini, peminat telefon bimbit dan gajet boleh menikmati potongan harga sehingga 80% bagi jenama seperti Apple, Samsung, Huawei, OPPO dan Xiaomi.
Cari Tawaran Lebih Rendah dan Shopee akan Menebus Semula
“Menerusi Kempen Jualan Harga Telefon Bimbit Terendah ini, Shopee mengukuhkan lagi kedudukan sebagai platform e-dagang pilihan bagi semua peminat gajet di negara ini. Sekiranya anda terjumpa mana-mana platform e-dagang yang menjual model telefon yang sama pada harga lebih rendah, kami akan menebus semula sebanyak 120% daripada perbezaan harga tersebut dalam bentuk baucar tunai. Itu Jaminan Shopee!” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Rentetan daripada kejayaan kempen telefon bimbit sebelum ini di platform Shopee, Jualan Harga Telefon Bimbit Terendah ini membariskan beberapa promosi menarik termasuklah harga telefon paling murah dari serendah RM60 setiap unit. Antara model telefon bimbit terpilih termasuklah Samsung Galaxy J2 Prime for RM389 (RRP: RM499), Asus Zenfone 2 ZE551ML for RM539 (RRP: RM589), Lenovo Vibe S1 Lite for RM439 (RRP: RM649), Apple iPhone 5 for RM475 (RRP: RM799) and Xiaomi Redmi Note 4X Dual Sim for RM489 (RRP: RM899).
Jaminan Jualan Harga Terendah untuk Si Gila Gajet
Bagi mereka yang ingin terus mengikuti perkembangan semasa, dua model terhangat telefon bimbit; Apple iPhone 7 RED 128GB dan Huawei P10 Lite akan dijual pada hanya RM3,400 dan RM1,099 untuk tempoh terhad.
Bermula dari 12.00 pm pada 20 April 2017 hingga 12.00 pm pada 27 April 2017, semua pembelian melebihi RM50 sepanjang promosi Gadgets Crazy Deals dan Best Price Tech Specials membolehkan pembeli menebus baucar bernilai RM8. Flash Sales akan berlangsung pada 20 April 2017 dari pukul 12 tengah hari hingga 3.00 petang dan 7.00 pm hingga 10.00 malam dengan produk semurah RM1 bawah Kategori Telefon Bimbit dan Gajet (Mobile & Gadgets).
Telefon Bimbit dan Gajet merupakan salah satu kategori terlaris dalam platform Shopee. Dengan Program Penghantaran Percuma seluruh negara dan Komisyen Sifar (0) yang ditawarkan kepada penjual Shopee, mereka mampu memberikan potongan harga yang lebih menarik untuk pengguna. Ini merupakan salah satu faktor yang membolehkan Shopee menjadi platform e-dagang kegemaran rakyat Malaysia.
Selepas kempen ini, Shopee merancang untuk membuat pengumuman rasmi Pembayaran Waktu Terima (cash-on-delivery), satu projek usahasama dengan Pos Malaysia pada 4 Mei 2017 sebagai sebahagian strategi perniagaan untuk menggalakkan lebih ramai pembeli mencuba sendiri kenikmatan membeli-belah atas talian. Program COD ini akan dilancarkan di kawasan sekitar Lembah Klang sempena Kempen Cahaya Raya bersama Shopee.
Aplikasi Shopee boleh dimuat turun secara PERCUMA di Google Play dan App Store. Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut.