in

Go Shop Adakan Promosi Istimewa April

Go Shop, satu-satunya perkhidmatan membeli-belah 24 jam terbaharu di Astro TV (Saluran 118), Astro On The Go dan platform dalam talian serta mudah alih mengumumkan tawaran promosi untuk pertama kali sejak pelancarannya awal tahun ini. Bagi menghargai sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia, Promosi Istimewa April memberi peluang kepada para pelanggan untuk menikmati potongan harga daripada pembelian di rangkaian Go Shop.

Promosi jualan pertama Go Shop sejak pelancaran. Beli belah di Go Shop antara 1hb-15hb April dan dapatkan e-baucar potongan 10% untuk pembelian akan datang. Potongan boleh digunakan bagi pembelian antara 1hb-31hb Mei

Sunrise Wide Container

Dengan Promosi Istimewa April (tertakluk pada Syarat dan Peraturan yang tertera di www.goshop.com.my), pelanggan Go Shop yang membeli-belah dari 1hb hingga 15hb April 2015 akan menerima potongan 10% dalam bentuk e-baucar untuk pembelian mereka yang akan datang. E-baucar ini boleh digunakan untuk sebarang pembelian dari 1hb hingga 31hb Mei sama ada melalui Saluran 118 Astro, Astro On The Go, laman sesawang dan mudah alih www.goshop.com.my . Ini merupakan julung kali Go Shop mengadakan promosi jualan, sejak destinasi beli-belah pelbagai platform ini mula dibuka kepada orang ramai.

Go Shop adakan Promosi Istimewa April, tawaran jualan pertama untuk hargai pelanggan!

Go Shop secara rasminya melancarkan perkhidmatan beli belah menerusi TV, Astro On The Go dan laman sesawang serta mudah alih pada 30hb Januari 2015. Walaupun baru beroperasi selama tiga bulan, Go Shop telahpun berjaya menarik lebih 75,000 pelanggan dan mencatatkan jualan lebih daripada 120,000 produk pada penghujung Januari lalu.

Selain promosi jualan pertama yang bermula Rabu ini, Go Shop juga merancang memperkenalkan 10 produk baru sepanjang bulan April. Dari kategori Kehidupan, tiga barangan baru yang akan ditawarkan adalah set Strom Color Frying Pan, Sunrise Wide Container dan Locksy Vacuum Food Container manakala kategori Digital dan Elektronik pula menawarkan Philips Shaver dan Philips Air Purifier. Lagi produk baru yang ditawarkan April ini adalah Lexpa Shake n Shape dan Intex Air Matress (Sukan dan Istirahat); Laneige Whitening Essence dan Richena Hair Dying (Kecantikan); serta Alpha Brick Blockpia (Kanak-Kanak dan Bayi).

Pelanggan Go Shop boleh memilih daripada 80 produk yang ditawarkan, dengan tambahan 10 produk lagi yang terdapat eksklusif di platform dalam talian dan mudah alih. Dari barangan elektrik, perkakasan rumah, peralatan dapur sehinggalah aksesori fesyen dan produk kosmetik – semuanya membawakan gaya, reka bentuk dan teknologi terkini. Produk baharu daripada jenama premium tempatan dan antarabangsa, diperkenalkan dari semasa ke semasa.

Antara yang paling popular adalah barangan eksklusif yang hanya boleh didapati di Go Shop seperti peralatan My Qalam Digital Quran, seterika pakaian Steam Q Iron, pencincang makanan Konstar Master Chopper, pengisar makanan Tokebi, gerudi Swiss Military Power Drill, pembancuh yogurt Yogurberry dan beg pakaian Patrice Beal. Uniknya, Go Shop turut menawarkan gabungan produk, atau bundling, yang menambahkan lagi nilai pembelian untuk para pelanggan.

Para pelanggan boleh membuat panggilan menerusi talian bebas tol 24 jam Go Shop di 1800-82-0088 atau layari http://www.goshop.com.my untuk membuat tempahan produk.

Masa penghantaran adalah antara dua hingga enam hari bekerja di seluruh negara dan pelbagai pilihan pembayaran tersedia termasuk kad kredit dan kad debit keluaran tempatan, Pelan Pembayaran Mudah, pemindahan melalui bank secara dalam talian dan bayaran tunai semasa penghantaran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.goshop.com.my .

Tentang Go Shop
Go Shop adalah destinasi gaya hidup beli-belah 24 jam yang seronok lagi menghiburkan. Ianya mencirikan demonstrasi, promosi dan penjualan produk oleh hos tempatan serta perkhidmatan menerusi pelbagai platform termasuk Astro TV, NJOI, Astro On The Go, talian e-dagang dan perdagangan mudah alih dengan menawarkan pengalaman runcit pada bila-bila masa dan di mana jua. Go Shop adalah usaha sama antara penyiar terkemuka di Malaysia, Astro Malaysia Holdings Berhad dan GS Home Shopping Inc – peruncit multimedia terkemuka Korea.

Tentang Astro Malaysia Holdings Bhd
Astro Malaysia Holdings Bhd merupakan peneraju kumpulan media bersepadu di Malaysia dan Asia Tenggara yang beroperasi dengan 4 perniagaan utama; TV berbayar, Radio, Penerbitan dan Media Digital. Dengan jumlah pelanggan lebih 3.7 juta pelanggan kediaman atau penembusan kira-kira 55% daripada televisyen kediaman di Malaysia, Astro menawarkan lebih 171 saluran TV, termasuk 39 saluran HD, yang disediakan melalui satelit TV Direct-To-Home, IPTV dan OTT.

Tentang GS Home Shopping Inc.
GS Home Shopping adalah syarikat perdagangan global dalam talian dari Korea. Selepas memperkenalkan televisyen beli-belah untuk pertama kalinya di Korea pada tahun 1995, GS Home Shopping kini menyediakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang mudah kepada pelanggan melalui pelbagai saluran seperti kaedah mudah alih, katalog, televisyen satelit dan IPTV.

GS Home Shopping, selaku peneraju dalam industri membeli-belah dari rumah di Korea, mempunyai kepakaran perniagaan, produk dan perkhidmatan membeli-belah dari rumah bertaraf dunia. Dengan membawa kepakaran tersebut ke luar negara untuk memberi kepuasan dan hiburan kepada penonton, GS Home Shopping mengendalikan rangkaian beli-belah dari rumah di lapan buah negara – Korea, Malaysia, China, India, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Turki.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selfie Movie dengan Rambut Sedia Selfie Anjuran SUNSILK

8TV Siar Drama Korea MY LOVE FROM THE STAR