Asalnya watak itu dipegang oleh Lisa Surihani. Sekarang ada dakwaan yang mengatakan Shiqin Kamal betul-betul melakukan perubahan ke atas wajahnya dengan melakukan pembedahan plastik terutama di bahagian hidung.
Namun, dakwaan ini telah dinafikan sendiri oleh Shiqin Kamal di mana beliau mengatakan apa yang ada pada dirinya telah pun sempurna. Untuk apa lagi nak ubah dan buat plastic surgery. Beliau berkata dalam kenyataan di akhbar Harian Metro:
“Saya tak pernah buat pembedahan hidung sebab ia sudah semula jadi. Begitu juga dengan pipi. Pendek kata semua tak perlulah diubah atau ditambah lagi.”
Dakwaan ini disokong oleh jurusolek yang pernah mengatakan dagu Shiqin Kamal nampak panjang seolah-olah pernah dibedah. Namun, bagi Shiqin Kamal yang mempunyai darah campuran Melayu-Pakistan ini, pembedahan wajah adalah perkara yang sia-sia sebab lambat laun kita akan tua juga.
Kini, Shiqin Kamal mahu kembali aktif berlakon setelah lama menyepi kerana mahu fokus dengan pelajaran dalam jurusan Sains Aktuari, UiTM Shah Alam.