in , ,

SHINee Taemin Ke Malaysia Untuk 2024 TAEMIN World Tour Ephemeral Gaze

SHINee Taemin Akan Datang Ke Malaysia Pada 7 September2024 Untuk 2024 TAEMIN World Tour Ephemeral Gaze di Kuala Lumpur

Maknae SHINee, Taemin, telah secara rasmi mengumumkan konsert solo pertamanya di Malaysia pada 7 September dan konsert ini akan menjadi bandar pertama yang beliau akan persembahkan di luar negara selepas konsert di Seoul.

Putera K-Pop, solois berbakat Taemin dengan bangganya mengumumkan jelajah solo dunia pertamanya yang sangat dinantikan, 2024 TAEMIN WORLD TOUR [Ephemeral Gaze] IN KUALA LUMPUR. Dianjur oleh Masa Entertainment, konsert ini dijadualkan berlangsung pada 7 September (Sabtu) jam 7 PM di Malawati Indoor Stadium, Shah Alam, Selangor.

SHINee Taemin Datang Ke Malaysia Untuk 2024 TAEMIN World Tour Ephemeral Gaze di Kuala Lumpur

Keistimewaan untuk semua TAEmate yang menjadi ahli rasmi kelab peminat FROMM, berhak menyertai pra-jualan tiket awal. Pra-jualan FROMM bermula pada 2 Ogos (Jumaat) dari jam 11 AM hingga 11:59 PM, dan jualan tiket umum akan bermula pada 5 Ogos (Isnin) jam 11 AM. Butiran pra-jualan akan diumumkan esok (31 Julai) pada tengah hari.

Sejak debutnya pada tahun 2008, Taemin hanya pernah datang ke Malaysia bersama ahli SHINee untuk Anugerah Golden Disk pada tahun 2013 dan sebagai tetamu istimewa untuk Formula One Petronas Malaysia Grand Prix pada tahun 2015. Oleh itu, konsert pada 7 September ini akan menjadi konsert solo pertamanya di Malaysia.

Taemin memulakan debut pada usia 14 tahun, mempamerkan bakat tarian luar biasanya sebagai penari utama SHINee. Menjelang tahun 2012, dia telah menunjukkan kebolehan vokalnya yang mengagumkan dan mula mengambil peranan sebagai vokalis utama kumpulan. Sepanjang kariernya, dia telah muncul dalam beberapa drama, memberi suara kepada watak-watak dalam filem animasi, dan menyanyi untuk OST drama.

Pada 18 Ogos 2014, dia secara rasmi memulakan karier solonya dengan mengeluarkan album mini pertamanya “ACE.” Pada tahun 2021, dia menjadi artis termuda yang mencapai kejayaan mengeluarkan album selama 13 tahun berturut-turut (termasuk album SHINee).

Pada April 2024, Taemin menyertai Big Planet Made Entertainment dan memulakan cabaran baru dengan imej segar. “Ephemeral Gaze” adalah jelajah dunia solo pertama SHINee Taemin dan merupakan hadiah yang signifikan untuk TAEMate di seluruh dunia.

“Ephemeral Gaze” bermaksud pandangan yang sekilas, menyampaikan makna bahawa persembahan yang menunjukkan Taemin tetap Taemin walaupun dari perspektif yang berbeza-beza. Untuk jelajah ini, Taemin akan membawa persembahan baru dari album terbarunya, yang akan dilancarkan pada bulan Ogos untuk ditunjukkan kepada TAEMates di Malaysia.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi antara yang pertama menyaksikan konsert Taemin!

SHINee Taemin Datang Ke Malaysia Untuk 2024 TAEMIN World Tour Ephemeral Gaze di Kuala Lumpur

2024 TAEMIN World Tour “Ephemeral Gaze” di Kuala Lumpur

Tarikh: 7 September 2024 (Sabtu)

Masa: 7PM

Tempat: Malawati Indoor Stadium, Shah Alam, Selangor

Tarikh Pra-jualan Ahli Kelab Peminat:  2 Ogos 2024 (Jumaat, 11 PG – 11:59 MLM)

Tarikh Jualan Umum: 5 Ogos 2024 (Isnin, 11 PG)

SHINee Taemin Datang Ke Malaysia Untuk 2024 TAEMIN World Tour Ephemeral Gaze di Kuala Lumpur

Harga Tiket: RM 948 (VIP Berdiri), RM 818 (PS1), RM 698 (PS2), RM 518 (PS3), RM 398 (PS4)

Laman Web Tiket: my.bookmyshow.com 

**Setiap kod terhad kepada 2 tiket sahaja (Presale Kelab Peminat)

**Setiap transaksi terhad kepada 4 tiket sahaja (Jualan Umum)

**Semua zon berdiri akan beratur mengikut nombor kelompok sebelum masuk pada hari acara 

**Semua zon tempat duduk akan diberi nombor

SHINee Taemin Datang Ke Malaysia Untuk 2024 TAEMIN World Tour Ephemeral Gaze di Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut tentang tiket dan konsert, ikuti media sosial Masa Entertainment.

FACEBOOK:

https://www.facebook.com/masaentertainmentinternational

INSTAGRAM :

https://www.instagram.com/masaentertainmentinternational?igsh=MjFpajFneGtwZ3U1

X:https://x.com/MASA_Ent_Int

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Festival Atas Angin 2024 Gegar Rooftop @7. MyTown Cheras Pada 3 Ogos Ini

Pameran Seni ‘Blue Light, Sleep Deprived’ oleh Tan Kien Eng di Menara Ken TTDI