Pelakon Shima Anuar memaklumkan bahawa kini dia telah bebas daripada virus Covid-19 setelah menjalani ujian swab buat kali kedua. Perkara tersebut telah dikongsikan olehnya menerusi satu perkongsian video di Instagram miliknya.
“Hampir seminggu positif dan saya ada baca kalau CT Value kita tinggi bermakna virus kita tak teruk. Jadi, saya buat keputusan untuk jalani ujian swab buat kali kedua.
“Alhamduillah hari ini ujian swab saya negatif. Alhamdulillah thank you so much,”
– Shima Anuar
Shima berkata, dia bagaimanapun masih terlalu fobia untuk keluar rumah selepas pengalaman menakutkan itu apa lagi dia sendiri tidak tahu punca sebenar bagaimana dijangkiti virus itu.
Dalam pada itu, pelakon berkenaan juga turut menunjukkan mengenai pengerangan tentang CT Value di laman sosialnya itu.
Shima juga berpesan supaya mereka yang masih dijangkiti atau baharu dikesan positif supaya banyakkan bersabar.
“Banyakkan ambil Vitamin C dan jangan skip. Minum air panas atau suam dan lemon banyak-banyak.Â
“Cuba kuatkan sistem imun dalam badan. InsyaAllah semuanya akan okey,†ujarnya.Â
– Shima Anuar
Pelakon filem Nasi Tangas itu juga mengakui sangat gembira kini dapat memeluk cium anak-anaknya serta suami. Dia mengakui pengalaman itu, mengajarnya lebih menghargai lagi setiap masa bersama mereka.
“Semalam, saya memutuskan untuk melakukan ujian calitan selepas keadaan beransur sihat. Alhamdulillah, saya sudah bebas dan keputusan negatif terhadap Covid-19.
“Namun, kini saya memang sangat fobia nak keluar rumah. Terbukti, walau berhati-hati sekalipun, pakai pelitup hidung dan mulut, nyahkuman setiap masa, virus ini memang sudah ada di mana-mana.
“Saya sendiri memang mengutamakan hal itu (penjagaan diri di tempat awam) tapi tetap dijangkiti juga. Mujur keadaan saya kian pulih selepas kuarantin, mengambil vitamin C, dan minum air banyak dalam tempoh seminggu itu,”
– Shima Anuar
“Itu saja dalam fikiran saya selama seminggu ini. Bayangkan saya terkurung dalam bilik di rumah sendiri dan tidak dapat pun nak berjumpa dengan suami dan anak-anak meski mereka juga berada di rumah.Â
“Apapun, saya sangat bersyukur suami, anak-anak yang masih kecil, pembantu rumah serta pemandu kami tidak dijangkiti dan mereka negatif virus itu,” katanya.
– Shima Anuar
Minggu lalu, pelakon terbabit melakukan ujian swab selepas mengalami kesukaran bernafas dan sakit kepala sebelum disahkan positif Covid-19.
Shima berkata, dia juga bersyukur tiada kontak rapat dengan mana-mana individu yang positif virus itu dan tindakan melakukan ujian swab berkemaan untuk langkah berjaga-jaga.