Pelakon Shima Anuar yang mengadu sesak nafas dan sakit kepala sejak Jumaat lalu, disahkan positif COVID-19.
Shima berkata, keputusan ujian calitan yang dilakukan kelmarin, mengesahkan dia dijangkiti virus berkenaan.
“Saya tiada kontak rapat dengan sesiapa yang disahkan positif COVID-19. Cuma, sejak Jumaat lalu, saya mula sesak nafas dan sakit kepala.
“Saya beritahu suami dan dia menyangka mungkin perut saya kosong dan masuk angin.
“Namun, saya buat keputusan melakukan ujian calitan sebagai sebagai langkah berjaga-jaga menyedari virus ini ada di mana-mana,” katanya.
– Shima Anuar
Shima yang sepatutnya kembali ke lokasi penggambaran bagi projek fikem Albab Ding Ding mengaku terkejut dengan keputusan diterima.
“Suami juga melakukan ujian calitan selepas saya mendapat keputusan. Namun, suami saya disahkan bebas daripada virus berkenaan, pagi tadi.
“Saya jadi tidak keruan dan hilang punca sekejap. Saya asyik memikirkan anak yang turut menjalani ujian calitan pagi tadi.Â
“Saya berdoa anak-anak tidak dijangkiti. Saya tidak boleh bayangkan keadaan mereka jika sebaliknya,” katanya.
– Shima Anuar
Shima berharap individu yang mempunyai kontak rapat dengannya sejak minggu lalu agar dapat melakukan ujian saringan COVID-19.
“Saya sedang menunggu perkembangan daripada Kementerian Kesihatan. Sejak semalam, saya mengasingkan diri di bilik dan tidak keluar.
“Saya tidak mahu memberi risiko kepada orang lain,” katanya.
– Shima Anuar
Semoga Shima Anuar cepat sembuh, kami doakan.