Selamat bertunang buat Shima Anuar! Pemilik nama sebenar Noor Hashimah Anuar, 26, yang dikenali selepas membintangi filem Highland Tower itu berkata, sikap bertanggungjawab dan keperibadian Mohd Solih membuka hatinya untuk menerima lamaran biarpun hanya mengenali bakal suaminya itu sejak Jun lalu.
“Tempoh perkenalan yang singkat tidak menjadi isu kerana kami cepat serasi. Beliau sangat menghormati saya sebagai wanita, malah hubungannya dengan keluarga saya juga sangat baik.
“Sikap bertanggungjawab bakal suami antara faktor saya menerima lamarannya. Biarpun berbeza bidang, Mohd Solih sentiasa memberikan sokongan dan memahami kerjaya saya,”
Shima Anuar
Akui bintang filem 7 Petala Cinta itu, status Mohd Solih sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata juga bukan masalah, sebaliknya menerima kehadiran anak lelaki itu seperti darah daging sendiri.
Pada majlis berkenaan, Shima menerima lima dulang hantaran berupa manisan dan alat kelengkapan diri manakala pihak lelaki membalas dengan tujuh dulang. Pasangan itu bakal disatukan pada April depan.