in

Shila OIAM Duta Minuman Berperisa TINGE

Pada 26 April 2010 lalu, Budiey dijemput untuk hadir di Pelancaran & Sidang Media Minuman TINGE yang diadakan di Luna Bar, Pacific Regency Hotel Suites.

Berlangsung pada jam 11 pagi, majlis ini telah mengenakan tema HOT & SUMMER sesuai dengan lokasi yang dipilih iaitu di atas bumbung hotel ini yang mempunyai kolam renang. Jadi, ramai tetamu yang hadir memakai pakaian Beach Wears. Seksi. Suasana majlis ini sangat santai dan rileks. Nasib baik cuaca tak berapa panas. Kalau panas pun, dahaga boleh dihilangkan dengan minuman berperisa TINGE yang diberikan secara percuma kepada media.

Budiey suka TINGE! Segar & Nyaman!

Pelancaran dimulakan dengan persembahan pembukaan dari Friendz & VF dancers. Show tarian mereka diadakan di atas pentas yang dibuat di atas kolam renang. Selain menari, mereka juga melakonkan sketsa pendek sambil menggunakan botol minuman TINGE sebagai props.

Kemudian, Deputy General Manager Sprintzer Bhd, Mr. Kenny Lim diberi peluang untuk berucap.

Selepas itu, hos menjemput para VIP yang terdiri daripada Head of Talent Management, The 8 Unit iaitu Ms Jacynta Au Yong, duta TINGE, Gary & Shila OIAM ke pentas untuk acara pelancaran.

Shila dijemput untuk menyanyikan lagu tema TINGE iaitu Cekal.

Sejurus kemudian, Gary juga menghiburkan penonton dengan lagu Happy Day.

Media dan tetamu juga diperdengarkan dengan iklan terbari TINGE yang akan disiarkan di TV dan radio tak lama lagi. Iklan ini dicipta untuk menggambarkan kegembiraan, keceriaan dan keremajaan.

Sprintzer, pengeluar air minuman mineral melancarkan TINGE sempena dengan kempen TINGE 2010. Jadi, untuk menghangatkan kempen, Gary dan Shila telah dipilih sebagai duta baru produk minuman ini.

Tahniah Budiey ucapkan kepada Shila OIAM & Gary.

Ramai dari kita yang tak kenal dengan Gary, termasuklah Budiey. Sebenarnya, Gary ni adalah seorang pencipta lagu dan artis tempatan.

Selari dengan pelancaran ini 3 tahun lepas, TINGE telah mencipta fenomena dengan menembusi pasaran minuman dengan produk yang berkualiti. Pemilihan Shila OIAM sebagai duta adalah berdasarkan jiwa & imej remaja yang dibawa oleh penyanyi realiti ini. Juga sesuai dengan konsep muzik riang dan ada jiwa semangat kental.

Matlamat sebenar adalah untuk mengajak peminat Shila & Gary untuk berkongsi minat mencipta muzik. Jadi, remaja dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat dan sempurna.

Ketika sidang media berlangsung, Shila berkata, beliau sangat teruja dan happy kerana terpilih sebagai wajah baru TINGE. Mewakili jenama ini adalah satu penghargaan buat beliau. Perwatakan Go-get-it seperti yang diketengahkan oleh Sprintzer. Dan terkini, tagline – Siapa kata air itu tiada rasa dan tawar? dan kata Shila, Oleh kerana itu, saya suka TINGE. Itulah sedutan daripada iklan radio dalam 2 bahasa iaitu Mandarin dan Bahasa Melayu yang akan diiklan diradio tak lama lagi.

Budiey sudah pun merasai minuman berperisa TINGE ini. Ternyata ia menyegarkan. Rasa macam lemonade. Satu lagi, minuman ni takde gas ya. Minuman tinge ni tak lah berapa masam sangat. Jadi, TINGE ni bukan aje minuman mineral semula jadi yang berperisa tanpa berkarbonat dan tidak tidak ada warna serta sederhana manis.

TINGE ni boleh didapati dalam dua perisa iaitu Lemon dan Campuran Buah-Buahan.

Menariknya, untuk pakaging terbaru ni, minuman ni menampilkan Gary dan Shila di botol untuk para peminat. Gary mewakili warna kuning – muda dan aktif manakala Shila pula mewakili merah melambangkan semangat.

Tahniah Shila sebab dapat jadi duta TINGE! Murah rezeki Shila.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alibi Music Anjur Showcase 7 Penyanyi Wanita di No Black Tie

Gambar Diana Danielle di Amber Chia Reception