in ,

Shila Amzah Wakili Malaysia di Konsert Asia Star Session

Shila Amzah Wakili Negara ke konsert “Asia Star Session” di “Festival Voice Of Astana”

Naib Juara OIAM musim ke-2 3 tahun lalu, Shila Amzah kini melakar sejarah melebarkan kerjaya seninya ke peringkat Antarabangsa dengan menjayakan konsert di Kazakhstan bermula 30 Januari sehingga 5 Februari depan.

Tahniah Budiey ucapkan buat Shila Amzah. Satu sidang media telah diadakan semalam pada jam 3 petang untuk mengumumkan berita baik bagi Shila Amzah ini.

Shila

Shila merupakan satu-satunya artis Malaysia yang di undang untuk menyanyi di konsertAsia Star Session pada Festival Voice of Astana sempena temasya sukan 7th Winter Asian Games, Astana City, Kazakhstan.

7th Winter Asian Games merupakan sambutan ke-50 tahun acara sukan tersebut sejak pertama kali diadakan di New Delhi pada tahun 1951.Ini adalah penganjuran terbesar dalam sejarah sukan ini dan juga julung kalinya di adakan di Kazakhstan yang kali ini terpilih menjadi tuan rumah. Penganjuran sukan ini juga menerapkan nilai-nilai budaya dan kesenian dari seluruh pelusuk Negara Asia yang bertanding.

Pemilihan Shila ke Kazakhstan dilakukan oleh Performers & Artistes Rights (M) Sdn Bhd (Prism) agensi yang bertanggungjawab mengutip royalti persembahan artis di tempat awam.

Menurut wakil dari PRISM Ong Peng Chu, pemilihan Shila ke Kazakhstan di buat setelah beliau telah berjaya mengharumkan nama Negara setelah memenangi pertandingan “Penang-Shanghai World Star Quest” pada tahun 2008.

Justeru itu Shila telah di pilih oleh pihak PRISM yang dilantik oleh Jawatankuasa Penganjuran bagi memilih wakil Malaysia ke Festival tersebut yang akan berlangsung di Astana City, Kazakhstan pada 30 Jan hingga 5 Feb 2011 akan datang, Shila berkongsi pentas bersama penyanyi dari 45 buah negara seperti dari Korea Selatan, China, Filipina dan negara-negara dari Timur Tengah yang turut di undang ke Festival Antarabangsa ini.

Selain Konsert “Asia Star Session”, festival ini turut merangkumi 2 lagi acara besar iaitu Konsert “Klasikal dan Opera” serta “Moden dan Hiphop”. Ini merupakan pertama kalinya penyanyi dari Malaysia diundang untuk membuat persembahan, ujar Ong Peng Chu.

Selain konsert Asia Star Session, festival itu turut merangkumi dua lagi acara besar iaitu konsert Klasikal dan Opera serta Moden dan Hip Hop.

Ternyata, peluang yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh Shila bagi mengukuhkan lagi namanya di persada seni tempatan dan juga Antarabangsa. Pihak Jawatankuasa Penganjuran ”Festival Voice Of Astana” akan menanggung segala pembiayaan dan juga penginapan selama Shila berada di sana.

Ini merupakan salah satu usaha dan kerjasama dari pihak PRISM untuk memberi pendedahan kepada artis-artis Malaysia bagi memartabatkan lagi industri muzik tanahair.

Shila yang akan berlepas ke Kazakhstan Ahad ini akan ditemani oleh ibu bapanya dan wakil pihak Prism.

“Saya rasa teruja kerana akan membuat persembahan di hadapan ramai penonton dari luar negara. Saya akan membuat persembahan pada 3 Februari dengan memilih lagu Nirmala nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan sebuah lagu Inggeris yang belum diputuskan. Setakat ini, saya berlatih menyanyi lagu The Climb nyanyian Miley Cyrus dan I Drove All Night nyanyian Celine Dion. Selain itu, saya suka melancong dan ini merupakan kali pertama saya terbang jauh,” katanya yang pernah membuat persembahan di Singapura.”

Selain memperkenalkan lagu Malaysia di sana, anak kepada pelakon ND Lala ini akan menonjolkan budaya Malaysia dengan memperagakan pakaian daripada tiga pereka tempatan iaitu Faizal Azraf, Salikin Sidek dan Ariff Shukor.

“Sebagai persediaan sebelum ke sana, saya telah membuat latihan nyanyian selama sebulan dan tidak lepas bersenam selama 30 minit di rumah untuk mengekalkan stamina. Saya juga berharap kesihatan tidak terjejas apabila berada di sana walaupun sekarang ini sedang menghidapi selesema. Bagaimanapun, saya tetap mementingkan penjagaan hidung, telinga dan tekak. Doakankesihatan saya.”

Shila Amzah akan tampil dengan album 3 Suara gabungan bersama-sama Jaclyn Victor dan Ning Baizura tidak lama lagi. Album tersebut akan dilancarkan pada 18 Februari ini di Solaris Dutamas. Kini, single pertama album tersebut berjudul Di Mana Di Mana telah diputarkan di radio.

Shila Amzah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Hore Hore Aznil Nawawi

Gambar Pelakon Drama GEMILANG