in ,

Shila Amzah Tak Patah Semangat Walaupun Serik Kena Buatan Orang 

Penyanyi Shila Amzah berkata dia mengakui risau apabila pernah berdepan pengalaman terkena buatan orang ketika menyertai sebuah pertandingan nyanyian tahun lalu.

Shila berkata ia tidak menghalangnya untuk menyertai program realiti Famili Duo tahun ini serta berdoa dan mengharapkan dilindungi oleh Allah.

“Saya tak dapat nak kongsikan secara khusus tentang apa yang berlaku dan saya tak boleh nak jelaskan siapa disebalik perbuatan itu kerana jujur saya tak tahu.

“Tapi sepanjang berada dalam industri seni, itulah kali pertama saya menghadapinya. Ia memang memeritkan.

“Saya tahu setiap pertandingan pasti ada elemen-elemen mistik sebegini. Perasaan takut memang ada. Saya hanya mampu berdoa, semoga dilindungi dan mudah-mudahan perkara begini tidak lagi berlaku kepada saya,” katanya.

Difahamkan, Shila dan adik lelakinya, Syahir bakal bergandingan sebagai duo adik beradik dalam program nyanyian Famili Duo.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Festival Rekaan Kuala Lumpur 2023 Meraikan Kreativiti Reka & Budaya

PEKIN IBRAHIM

Pekin Ibrahim Belasah Pekerja Produksi Sebab Intai Pelakon Wanita di Lokasi