Dalam satu ruang kolum RAP, Harian Metro hari ini tanggal 4 Disember, Shila Amzah mengeluarkan kenyataan bahawa Shila Amzah langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Artikel yang ditulis sendiri oleh penyanyi Patah Seribu ini di ruangan khusus iaitu Tinta Shila Amzah bertajuk Sudah-Sudahlah Kaitkan Shila itu sekaligus menafikan desas-desus yang digemburkan oleh media yang mengatakan Shila Amzah bercinta dengan Johan sebelum ini.
“Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan ‘bersahabat’ dan persahabatan kami diketahui keluarga kedua-dua belah pihak. Shila langsung tak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza.”
Shila juga memberikan alasan kenapa beliau telah memadamkan gambar bersama Johan As’ari dalam Instagram miliknya. Menurut Shila, dia buat keputusan drastik untuk memadam gambar-gambarnya daripada laman Instagram Shila kerana beranggapan tidak manis untuk Shila letak gambar peribadi bersama seseorang yang bakal menjadi suami orang.
Shila Amzah juga meminta kerjasama semua media dan blogger agar tak lagi mengaitkan nama Shila untuk apa-apa artikel yang akan datang. Shila meminta jasa baik semua agar menghentikan artikel berkaitan mereka bertiga kerana mahu fokus dalam kerjaya dan meneruskan perjuangannya.
Shila Amzah akan pulang ke Malaysia untuk buat persembahan di Anugerah Industri Muzik yang berlangsung pada 14 Disember ini.