in

Shila Amzah Kini Nekad Pakai Tudung

Bukan senang untuk seseorang artis itu bertudung. Yang pakai tudung beberapa bulan, selepas tu, tudung ditinggalkan di rumah kerana tak tahan dengan godaan. Artis bertudung kini bukanlah satu trend lagi. Kalau dulu, kita anggap ia satu trend tapi kali ini, segalanya kerana hidayah dari Allah. Dia yang berkuasa untuk meletakkan seseorang itu untuk kekal bertudung.

Shila Amzah Pakai Tudung Selepas 15 Hari Percubaan

[dropcap]T[/dropcap]erbaru, Budiey mendapat tahu, penyanyi bersuara gemersik, Shila Amzah nekad pakai tudung untuk selama-lamanya. Eh, biar betul ni? Tak mustahil ya. Bagus apa. Ibu Shila Amzah merangkap pengurusnya juga adalah wanita bertudung. Bagi Budiey, bertudung itu manis dan sopan.

Keputusan penyanyi Shila Amzah yang memakai tudung bermula 1 Ramadan lalu hanya untuk suka-suka berubah apabila dia tekad untuk kekal dengan imej tersebut.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, dia membuat keputusan tersebut pada Sabtu lalu selepas 15 hari melalui “tempoh percubaan” dan berazam untuk berimej sedemikian sehingga ke akhir hayat.

Shila Amzah
“Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut. Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung.

“Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini Isnin.

Tambah Shila, kekasihnya, Sharnaaz Ahmad tidak sangka perubahan drastik yang dilakukannya namun gembira dengan imej terbaru itu.

Dalam pada itu, ibunya juga ingin kepastian adakah benar keputusan yang dibuat itu kerana risau jika Shila akan membuka semula tudungnya pada masa akan datang.

“Apabila memberitahu hasrat ingin bertudung kepada ibu, banyak kali dia tanya, adakah saya yakin dengan keputusan ini kerana apabila dah pakai, kita tak boleh nak buka semula tudung sehingga mati. Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan,” ujarnya.

Sementara itu, walaupun tampil dengan imej berkenaan, Shila tetap meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi dan bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan.

“Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna,” tuturnya. via Mstar Online

Shila Amzah
Tahniah buat Shila Amzah. Semoga segalanya dipermudahkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Awal Ashaari Sambut Hari Jadi Yang Ke-31

Buffet Ramadan Hotel & Restoran Malaysia 2012