in

Shila Amzah Jawab Isu Gambar Tayang Badan

[dropcap]N[/dropcap]iat biasanya disalah ertikan. Itulah, mungkin niat Shila Amzah berkongsi gambar dengan peminatnya baru-baru ini mencetuskan satu lagi kontoversi. Bagi Shila, itu je lah caranya untuk sentiasa membuat peminat dekat dengan dirinya. Kerana itu juga dia tidak kisah untuk memuatnaik naik gambar mahu pun status yang memberitahu atau mengemaskini apa yang sedang dilakukannya.Mungkin niat Shila Amzah ini baik iaitu sekadar mahu berkongsi perkembangan terbarunya kepada peminat, yang mana beliau sekarang ni asyik dengan hobi bersenam untuk menguruskan badan. Tapi lain pula yang berlaku, kesan dari perbuatannya itu.

Pada 7 Jun lalu, Shila Amzah berkongsikan gambar di Instagram miliknya dengan meletakkan foto separuh badan seorang wanita yang dipercayai adalah dirinya yang bersedia untuk bergerak ke gymnasium untuk sesi senaman rutin.

Shila Amzah

Bagaimanapun tidak sampai pun setengah jam gambar itu dimuat naik, banyak komen dari peminat yang meminta Shila Amzah memikirkan semula tindakannya memuat naik gambar tersebut selain mengatakan ianya tidak kena dengan imej bertudung beliau ketika ini. Tidak kurang juga peminat beliau yang mempertahankan pemakaian baju Shila Amzah dalam gambar ini kerana bersesuaian dengan rutin senamannya. Sikit sebanyak isu ini membuatkan masyarakat sangat marah lalu melontarkan pelbagai kejian.

Menurut Shila Amzah, tindakannya memuat naik gambar tersebut hanyalah bertujuan untuk berkongsi bersama peminat-peminatnya. Gadis berusia 23 tahun itu tidak pernah menyangka perkara tersebut mencetuskan kemarahan ramai.

“Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim. Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif.”

Bagaimanapun, kata Shila dia mengambil positif kejadian tersebut sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati ketika berkongsi kegiatan hariannya.

Shila Amzah

Shila Amzah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yuna Mengakui Berkawan Rapat Dengan Jules

Justice is Served in I Hear Your Voice on ONE