Tak habis-habis lagi dengan konflik keluarga Shila Amzah. Kali ini apa pulaK? Menerusi satu hantaran di Instagram pada hari ini, 19 Oktober, Shila mendesak orang luar yang sebenar iaitu seorang wanita bernama Eiza untuk keluar daripada rumah banglo di Hulu Langat.
Ini bermakna, Shila Amzah bukan sahaja menanggung keluarga, malah Shila Amzah turut menanggung seorang wanita dipercayai kekasih kepada adik yang tinggal di rumah miliknya sejak tahun 2021.
Shila memberi masa selewat-lewatnya esok sebelum tindakan undang-undang diambil. Shila juga tak teragak-agak untuk menghantar surat tuntutan melalui peguam jika Eiza masih menyebut namanya dan keluarga di mana-mana platform media sosial.
Melalui apa yang ditulis Shila, wanita itu berpindah masuk ke rumah tanpa izinnya sejak rumah Hulu Langat dilanda banjir pada tahun 2021.
Shila sebenarnya dah minta wanita itu keluar melalui ibu sejak setahun lalu tetapi nampaknya masih tinggal di situ.
Shila turut menggelarkan wanita itu sebagai orang luar yang sebenar dan mendakwa menjadi batu api ketika keluarga dilanda masalah.
Penyanyi ini juga akan mengotakan hasratnya untuk menjual rumah banglo di Hulu Langat seperti yang dirancang sebelum ini.