Budiey menyeru kepada semua pembaca blog Budiey.com agar kita semua sama-sama mendoakan penumpang dan anak kapal pesawat MH370 dan keluarga mereka. Hari ini, masuk hari yang ke-3 percarian pesawat MH370 yang hilang. Budiey lihat ramai selebriti telah melahirkan rasa empati dan simpati mereka menerusi laman sosial. Antara selebriti yang melahirkan rasa simpati ialah penyanyi yang selalu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke China, tidak lain tidak bukan, Shila Amzah.
Shila Amzah menzahirkan rasa simpati terhadap insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang dalam pernerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pagi Sabtu lalu.
“This insident made me think..Ya Allah it could have been my flight.. I’m going back to beijing tomorrow.. Semoga semua selamat… P.s :Please do not make fun of things like this..if you dont have anything nice to say..just shut the hell up..we dont need your stupid comments…keep your stupidity for your own selves !”
Menurut Shila, dia sering menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut untuk berulang-alik dari Beijing ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.
“Saya sangat berasa simpati atas kejadian ini dan berdoa agar semuanya selamat, saya merupakan salah seorang penumpang MAS yang sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Beijing. Insiden ini membuatkan saya terfikir jika itu adalah pesawat yang saya naiki…”
Selain tidak mahu insiden ini diperlekehkan pihak tertentu., Shila juga berharap agar mana-mana pihak tidak mempermain dan mempersendakan kejadian tersebut.
“Saya harap tiada lagi yang mengeluarkan kenyataan dan komen yang mempermainkan insiden ini, lebih baik diam daripada memberi komen yang memburukkan keadaan.”
Apa yang kita harapkan sekarang ini, semoga pihak penyelawat dan misi mencari pesawat yang hilang ini dapat ditemui dalam masa terdekat. Amin. Insyaallah.
Sementara itu, pada pagi Sabtu, MAS mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014. MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal. Usaha difokuskan kepada mencari pesawat ini. Itu yang paling penting sekarang ini.