Shila mengesahkan dia mengalami gangguan kebimbangan melampau atau anxiety selepas membuat pemeriksaan kesihatan apda Mac lalu.
“Malangnya minggu lepas saya kena serangan anxiety masa di atas pentas. Masa itu memang saya sudah tak ingat apa-apa, saya tak dengar apa pun yang Datuk Syafinaz komen. Masalah anxiety ini memang sudah lama selepas membuat pemeriksaan kesihatan pada Mac lalu,”
– Shila Amzah
Shila berkata antara penyebab dia mendapat serangan secara tiba-tiba termasuklah faktor dirinya penat serta terkesan dengan komen-komen negatif yang diperkatakan mengenai dirinya di media sosial.
Dalam pada itu, Shila memberitahu dia tidak menyasarkan untuk menjadi nombor satu sebaliknya mahu memberikan persembahan terbaik buat penonton.
“Apabila saya buat persembahan, kadang-kadang apa yang kita rangka itu tak menjadi seperti dirancang. Sejujurnya sebaik berada di pentas saya tidak sasar untuk jadi nombor satu tetapi ingin berikan yang terbaik dan menghiburkan penonton,”
– Shila Amzah
Terdahulu, Shila hanya menerima markah sebanyak 74.60 peratus daripada juri pada persembahan minggu keempat ketika membawakan lagu Pudar nyanyian asal Indah Ruhaila.