Majlis pada hari ini adalah bertujuan untuk dwi-pelancaran untuk produk kecantikan DEEJA COSMETIC dan juga single pertama Sherry Ibrahim “SEIKHLAS CINTA.” Majlis ini juga sekaligus memperkenal produk kecantikan terbaru kolaborasi Sherry Ibrahim dan DEEJA COSMETIC serta memperkenalkan Sherry Ibrahim sebagai pengasas bersama produk DEEJA COSMETIC ini.
Menurut pengarah syarikat Myfastyle Creative Sdn Bhd, Fas Subari ” – tujuan utama majlis pelancaran ini adalah untuk mendekatkan lagi rakan-rakan media dan artis sekaligus rakan-rakan media dapat membantu kami dalam mempromosikan produk kami.”
DEEJA COSMETIC memperkenalkan 5 produk unggul iaitu Toner Nano, Krim Siang, Krim Malam, Krim Nano (Malam), dan Sabun Pembersih Muka.
Set penjagaan kulit berinspirasikan Keayuan Semulajadi ini diperbuat daripada bahan-bahan ekstrak semulajadi yang organik dan berkualiti tinggi. Untuk kulit wajah yang lebih cerah lagi sekata, gebu, sihat, dan tampak flawless, DEEJA COSMETIC mensyorkan penggunaan set 5 dalam 1 ini. Dihasilkan melalui teknologi terkini yang bersih, selamat, dan halal, DEEJA COSMETIC adalah set penjagaan muka mampu milik yang harus dimiliki oleh semua wanita yang ingin tampil lebih menawan.
Penggunaan set penjagaan kulit 5 dalam 1 ini mampu mengembalikan keremajaan kulit melalui pembersihan secara mendalam dan membantu menyingkirkan sel-sel kulit yang telah mati. Sel-sel kulit yang telah mati ini boleh dan akan menyebabkan muka kelihatan kusam dan lesu. Namun, dengan produk DEEJA COSMETIC yang menggunakan teknologi nano, partikel nano dapat meresap jauh kedalam kulit dan merawat kesihatan kulit dari dalam, lebih segar dan kelihatan bersih sepanjang hari.
Penggunaan krim nano secara berterusan akan memulihkan keseimbangan pH kulit dan sekaligus meratakan tona kulit serta mengembalikan keanjalan kulit. Aplikasi Krim Siang yang mengandungi SPF 35 dapat melindungi kulit dari sinaran bahaya UV manakala Krim Malam pula akan merawat dan memperbaiki sel-sel kulit yang rosak serta memberi nutrisi dan memulihkan struktur kulit. Produk DEEJA COSMETIC juga berfungi untuk mengecilkan liang pori-pori wajah dimana kulit akan kurang berminyak dan kekal segar sepanjang hari.
DEEJA COSMETIC diilhamkan dari keperibadian dan ciri-ciri kewanitaan mulus Saidatina Khadijah. Sesuai dengan perwatakaan Saidatina Khadijah yang cekal namun penuh keayuan, DEEJA COSMETIC direka khas untuk wanita moden yang berkerjaya dan juga yang dirumah.
Seiring dengan pengasas bersama DEEJA COSMETIC, penyanyi menawan Sherry Ibrahim cukup kenal dengan erti kesibukkan bekerja. Namun begitu, Sherry tidak mengabaikan rutin penjagaan kulitnya walaupun sering sibuk dengan kerjaya dalam penghasilan kerja seni.
Single pertama Sherry, “SEIKHLAS CINTA” yang digubah oleh komposer dan penulis lirik Hadi Hassan dan J.Looi dilancarkan bersama produk DEEJA COSMETIC ,dan lagu ini juga akan di edarkan oleh DREAM MUSIC secara mudah hanya muat turun di iTunes,caller ringtone,ring tone.Diharapkan akan mendapat sambutan dari para peminat. Sherry berharap untuk memulakan langkah baru dalam bidang keusahawanan disamping mempromosikan single terbaru beliau untuk mendorong dan menggalakkan lebih ramai wanita menceburi pelbagai bidang kerjaya.
“SEIKHLAS CINTA” dan DEEJA COSMETIC akan dipromosikan melalui semua saluran seperti program TV, radio, road shows, dan juga bengkel kecantikkan ke seluruh Negara. Selain itu, Deeja dan Sherry juga akan membuka peluang perniagaan kepada pihak yang ingin menambah pendapatan peribadi serta keluarga.
Semoga majlis ini memberi manfaat kepada semua yang hadir dan semua pihak dapat menyokong kami dalam mempromosikan DEEJA COSMETIC dan single “SEIKHLAS CINTA”.
Kami sangat menghargai dan berterima kasih atas sokongan berterusan daripada rakan media dan pengamal industri hiburan tempatan. Semoga pihak media tidak akan jemu menyokong produk-produk yg kami akan keluarkan pada masa akan datang, Inn Shaa Allah.