in

Sherry Ibrahim Jadi Hos Layar Lensa

LAYAR LENSA : PROGRAM HIBURAN PADAT BERINFORMASI TENTANG PEMBIKINAN PENERBITAN PRODUKSI SENI DI TV1

Tampil dengan segmen-segmen menarik yang sarat dengan pengisian hiburan berinformasi tentang pembikinan penerbitan sebuah produksi seni pelbagai format seperti filem, drama bersiri, iklan, animasi, teater dan video klip, mulai 17 April lalu Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program Layar Lensa, setiap Jumaat, jam 4.31 petang mengisi slot Stigma di TV1.

Dikendalikan pengacara yang mula meniti nama dalam bidang lakonan, Sherry Ibrahim, Layar Lensa memaparkan empat segmen iaitu segmen Roll, Camera & Action (meninjau di sebalik pembikinan filem, drama, iklan atau apa jua yang berkaitan), Prebiu (ulasan mengenai filem tempatan), Glosari (memaparkan maklumat ringkas yang berkaitan aspek teknikal dalam bidang penerbitan dipaparkan mengikut mengikut abjad) dan diakhiri segmen Variasi (lebih kepada kerja-kerja teknikal dan pengurusan penerbitan seperti jurukamera, suntingan, penulisan skrip, pengurus produksi dan penerbit).

Menerusi 13 episod siarannya, Layar Lensa mengajak penonton berkongsi pengetahuan dalam segmen Roll, Camera & Action yang menyingkap kerja-kerja di sebalik pembikinan drama bersiri ‘Aku Budak Minang’, telemovie ‘Mencari Mu’ dengan menemubual mereka yang terlibat dalam pembikinan drama ini seperti saudara Azmi AB – pengarah dan  pelakon-pelakonnya seperti Mahmood Ali Bashah, Wan Nor Azlin, Rosman Roslan dan Hilma Fira, drama komedi bersiri berjudul ‘Rumah Mak’ yang diarahkan oleh Othman Hafsham, telemovie Taubah terbitan Placeview Sdn. Bhd yang dibintangi Fauziah Nawi, Eman Manan dan Jehan Miskin. 

 

Juga melibatkan pembikinan siri animasi kartun 2D Atan & Nyet, drama bersiri Radio Gaga yang mengisahkan tentang seorang gadis yang mempunyai kuasa unik dapat mendengar dan memahami bahasa dari makhluk lain seperti kucing lakonan Diana Rafar, telemovie Cinta Isteri Penoreh Getah yang mengetengahkan lakonan Elly Mazlein dan Nasir Bilal Khan, drama berjudul ‘Alien’ arahan Faizal yang mengisahkan tentang seorang pemuda yang hilang ingatan dan cuba mencari jalan pulang ke dunia nyata dengan bantuan makhluk asing yang turun ke bumi, drama bersiri ‘Seharum Kenanga’ terbitan Bright Network Sdn Bhd yang mengisahkan tentang seorang kegigihan seorang wanita dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup lakonan Janet Khoo dan Faizal Hussein, drama Jangan Pandang Belakang iaitu krip karya Siti Jasmina Ibrahim ini masih berkisar tentang saka, drama komedi berjudul Loglaq dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Sharifah Shahira, Mubarak Majid, Aizek, Tg Tiara dan Zazlin Zulkifli di bawah arahan Roy Romani.

Selain itu turut mengetengahkan rancangan Wake-up Call yang merupakan sebuah rancangan hiburan yang menampilkan video klip lagu-lagu evergreen Inggeris yang digubah dan dinyanyikan semula oleh artis-artis remaja. Rancangan terbitan Betarecs Sdn Bhd ini bertujuan untuk menghangatkan semula lagu-lagu sebegini yang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan, video klip SATU SUARA yang merupakan salah satu kempen yang diberi nama satu komuniti satu persatuan anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Video klip ini melibatkan ramai artis remaja antaranya Dina, Bunkface, Silence Scream dan Andy Flop Poppy.

Kemudiannya dihangatkan menerusi segmen Prebiu yang mengulas tentang filem Los dan Faun bersama pengarahnya Aflin Shauki,  filem Pensil bersama pengarahnya M. Subash dan penerbitnya Surenthar, filem animasi ‘Geng…Pengembaraan Bermula’ bersama pengarahnya Mohd Nizam dan penerbitnya Tn Hj. Burhanuddin, filem Anak Halal bersama pengarahnya Osman Ali, filem Kala Malam Bulan Mengambang bersama pengarahnya Mamat Khalid, filem Rasukan Ablasa bersama pengarahnya Razak Mohaideen,  filem Jin Hutan bersama pengarahnya Jeffry Wong dan penerbit Sateesh Shanmuganathan, filem Syirik bersama pengarahnya M. Subash dan Surenthar selaku penerbit, filem dokumentari ’Sara The Semai Girl’ bersama pengarahnya Rosli Mohd Nordin terbitan RTM, filem Evolusi Drift II arahan Syamsul Yusuff, filem Estet bersama pengarahnya Mamat Khalid,  filem ’Bohsia –Jangan Pilih Jalan Hitam’ arahan Syamsul Dato’ Yusof dan filem Kapaw bersama pengarahnya Azizi Chunk.

Segmen Glosari pula menyusul dengan memaparkan indeks dari Huruf A iaitu Artis, Animasi & Aksi, Huruf B iaitu Bunyi, Boom & Babak, indeks dari Huruf C iaitu Cut, Cerita & Close-Up, indeks dari huruf D iaitu Dubbing, Dolly Track dan Diffusers, huruf E iaitu Extreme Close Up (ECU), Editor, Established Shot, huruf F iaitu Filem, Footage & Frame, huruf G iaitu Ghazali Sumantri, Gubra dan Gerak Kilat, H iaitu Hand Held, Huruf I iaitu Insert shot, Iris dan Intercut, Huruf J iaitu Jib Arm, Jurusolek dan Jogho,  huruf K iaitu antaranya Kisah, karya, huruf L iaitu Lokasi, Lensa dan Lyp Sync dan huruf M iaitu Medium Close Up (MCU), Mock-up dan Montaj.
 
Segmen Variasi pula menutup tirai Layar Lensa dengan mengajak penonton berkongsi tentang latarbelakang, peranan serta misi Persatuan Penerbit TV Malaysia bersama presidennya iaitu Jurey Latiff, proses membina grafik dengan menemubual pereka grafik muda Mohd Rizal, kerja-kerja sebagai seorang jurukamera, Script Reading atau bacaan skrip, kerja-kerja sebagai seorang penyunting non-linear, tentang Skrip Animasi, tentang Props, Skrip Animasi, Solekan, proses rakaman lagu di studio, rakaman menggunakan unit Multiple Camera production (MCP) selain memaparkan tentang tugas sebagai seorang penolong pengarah dan tugas-tugas sebagai seorang juru audio.

Oleh itu diharap kepada semua peminat serta penggiat seni tempatan tidak melepaskan peluang menyaksikan Layar Lensa, setiap Jumaat, jam 4.31 petang mengisi slot Stigma di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Jehan Miskin dan Intan Ladyana Dalam Drama Suria Kasandra

Mawi Akan Lancar Album Baru Berjudul ALLAH HABEEBI