in , ,

Sherie Merlis Kesal Berita Palsu Dia Meninggal Dunia Disiar di Laman Blog

PELAKON Sherie Merlis kesal apabila sebuah laman blog menulis berita mengesahkan dia sudah meninggal dunia tanpa rasa bersalah dan tidak bertanggungjawab.

Kata Sherie, berita berkenaan telah mengejutkan ahli keluarganya dan mula menghuru-harakan keadaan.

“Berita ini bukan sekadar mendatangkan dukacita dan terkejut buat family kerana jika sahih kabar ini, sudah semestinya ahli keluarga rapat iaitu adik beradik saya serta anak-anak saya lah yang akan terlebih tahu hal ini,” tegasnya.

Sherie meluah rasa ketidakpuasan hatinya terhadap pemilik blog berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Kata Sherie sepatutnya pihak berkenaan pastikan kesahihan berita sensitif itu sebelum menyiarkannya.

“Pihak yang mengeluarkan berita atau kenyataan ‘Sherie Merlis Meninggal dunia’ tanpa ada rasa bertanggungjawab untuk pastikan kesahihan dan butiran hal tersebut .

“Apabila perkara yang penting dan sensitif ini mereka kendalikan tanpa adab … lalu, tanpa mereka sedar, ia jelas memperlihatkan tiadanya ilmu mereka berkaitan hal ini..,” tegasnya.

Justeru, Sherie meminta agar semua pihak berhenti menghubungi pihak keluarganya mengenai hal yang tidak benar itu.

“Saya mewakili pihak family, mohon sangat agar mana-mana pihak, berhenti menghubungi saya dan ahli keluarga untuk bertanya tentang hal ni, buat sementara waktu. Dan terima kasih kerana memahami,” pintanya.

Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut meminta agar Sherie mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jaafar Onn Anggap Golongan Pakai Baju Melayu Ketat Tak Ada Otak

RAHIM MAAROF

Legenda Rock Rahim Maarof Sudah Sedar Dari Koma Akibat Angin Ahmar