Lagu BIAR JAUH mengambil inspirasi daripada kisah hubungan jarak jauh yang pernah dilaluinya, juga daripada peristiwa kehidupan dan krisis pandemik yang sedang berlaku, BIAR JAUH mengisahkan tentang rasa kejauhan pada masa sama, menggenggam pada harapan akan ada penghujung yang baik bakal menanti, terutama di kala menempuhi detik mencabar ini.
Ditulis bersama Faezah, ‘Biar Jauh’ diterbitkan oleh Aiyad Sakti; susunan lagu oleh Ray Guang; diadun oleh Jason How; diterbitkan Melody Central Productions; bersama jurutera muzik Andrew Edgson (301 Studio Sydney). Single ini diedarkan oleh AJ Music Malaysia dan ianya boleh didengari di kesemua platform digital dan telekomunikasi untuk nada dering balik.
“BIAR JAUH pada asalnya dicipta 10 tahun lalu bila saya dan teman serumah masing-masing sedang berhadapan hubungan jarak jauh. Kami mengambil masa satu malam untuk melahirkan lagu dan lirik ini sebelum memuat naik ke YouTube. Setelah sekian lama, saya ambil keputusan untuk melihat semula lagu ini sewaktu PKP setelah melihat ramai terpaksa berpisah dengan orang tersayang; sesetengahnya sehingga putus pendapatan demi bersama mereka yang disayangi, ada yang terpaksa berjauhan, ada yang terlepas acara penting dan banyak lagi,â€
Jadi, saya memutuskan untuk memperbaiki semula lagu ini dan berkongsikannya. Cara ‘Biar Jauh’ diberi nafas baru amat natural dan organik, dan saya percaya mereka ini dapat memahaminya dan lebih baik, memberikan mereka harapan. Saya memang sukakan muzik tetapi PKP telah membuatkan saya lebih memahukannya; saya ingin menyentuh lebih ramai orang menerusi muzik biarpun tidak dapat bertentang mata. Tambahan lagi, kembara baru ini akan membenarkan saya berkongsi sisi audio yang berbeza. Saya pakar pendengaran dan telinga manusia tetapi kali ini, saya mahu berada di sudut berbeza bidang audio!â€
‘Biar Jauh’ adalah untuk semua orang, terutama yang sedang berhadapan pandemik. Sama ada ianya untuk acara harian atau momen istimewa, setiap orang akan berasa kejauhan kerana wujudnya had pergerakan (atau atas sebab kekangan yang lain).
Kita tidak dapat bertemu dengan ahli keluarga sewaktu musim keraian, kita tidak dapat menikmati secangkir kopi bersama rakan handai dan sesetengahnya terpaksa melakukan majlis perkahwinan di alam maya.
Rasa kejauhan (dan kesedihan) ini boleh menjejaskan sesiapa saja tetapi ‘Biar Jauh’ adalah peringatan untuk diri yang tidak mengapa untuk berjauhan dan tidak mengapa untuk menunggu, demi keselamatan setiap orang.
Lagu ini boleh menaikkan semangat dan memberikan harapan sepanjang menjalani detik sukar ini dan secara tidak langsung membuat diri kita bersyukur dengan apa yang kita miliki. ‘Biar Jauh’ menjadi satu bentuk kepastian bahawa wujudnya pelangi (dan cahaya!) di penghujung semua pengorbanan yang telah dibuat,†kata Shasa.