Jalan-jalan pengacara pelakon yang juga penyanyi, Sharul Kamal berada dalam negara di sekitar Johor Bahru, dan Ipoh, Perak hingga ke Bali, Indonesia memenuhi pengisian program travelog diberi tajuk “Cef Baristaâ€Â sedang bersiaran setiap Isnin, pukul 10.30 pagi menerusi saluran TV Okey.
Dalam 13 episod siarannya, hos menjelajah ke restoran dan kafe yang unik (hipster) menemu bual pemilik restoran sambil menikmati makanan istimewa yang disediakan oleh Cef atau Barista kafe tersebut. Cef akan menunjukkan bagaimana makanan itu dibuat. Pelbagai menu makanan dan minuman disajikan dalam setiap episod. Selain itu penonton akan dibawa untuk menikmati pelbagai jenis kopi yang disediakan oleh Barista beberapa kafe terpilih.
Episod 1 (Johor Bahru)
Lokasi Café Racer yang menjadikan motosikal sebagai hiasan dalaman bertujuan menarik remaja yang meminati sukan pemotoran datang ke kafenya. Untuk menikmati kopi, Sharul singgah di Replacement Café mencuba dua jenis kopi iaitu Picolo dan Hand Brew yang disediakan oleh Barista atau cef Najiha Rahmat. Kedua dua kopi ini diimpot dari Melbourne.
Episod 2 (Johor Bahru)
Lokasi Chaiwalla & Co. berkonsepkan Kafe Kontena menyajikan pelbagai jenis minuman termasuk teh berasal dari Thailand manakala kopi pula diimpot dari Vietnam. Sharul juga berada di Kafe Kopi Keju mencuba minuman Mocha Ais dan Cappucino.
Episod 3 (Johor Bahru)
Lokasi Kafe Cats bertemakan kucing yang mensasarkan pencinta kucing sebagai pelanggannya. Minuman dihidangkan ialah Kopi Vietnam, Rose Latte dan Caramel Chino. Dalam episod ini juga Sharul berpeluang melawat Kilang Kopi Kluang dan telah melihat sendiri bagaimana kopi kluang yang popular itu diproses.
Episod 4 (Ipoh, Perak)
Lokasi Konda Kondi Café & Bistro di Ipoh, Perak menyediakan sajian barat tetapi disesuaikan dengan selera rakyat Malaysia yang sukakan pedas. Pastikan anda mencuba kopi gudang garam di sini. Kafe seterusnya ialah Thumbs Café dimana sebuah rumah lama telah diubahsuai menjadi sebuah kafe yang unik. Kopi gememaran pelanggang Coconut Milk dan Kopi Butter.
Episod 5 (Ipoh, Perak)
Lokasi di sekitar Stesen Keretapi lama di Kafe Patit Mary yang menghidangkan pelbagai jenis minuman, pastri dan kek. Seterusnya di kafe Laksa Saranghae.
Episod 6 (Ipoh, Perak)
Lokasi Restoran New Hollywood yang popular dengan menu sarapan pagi. Disini Sharul dijamu dengan makanan kegemaran kaum Cina iaitu Mee Wantan, Chee Cheong Fun, Roti Telur Goyang dan Khoo Lobak yang dimakan bersama Kopi Kampung.
Episod 7 (Bali, Indonesia)
Lokasi sekitar daerah Kintamani yang terkenal dengan kecantikan alam semula jadi. Sharul ke Kopi Bali House, kafe yang unik dimana hiasan lukisan dinding dilukis menggunakan kopi. Barista En Agus Dermawan menyediakan dua jenis kopi iaitu Frozen Bali Mochaccino dan Bali Blue Legend. Disamping menikmati keindahan Pantai Kuta, hos ke Pasar Sindu yang terkenal dengan pelbagai jenis menu jalanan (streets food).
Episod 8 (Bali, Indonesia)
Lokasi di Daerah Ras Padi Tegalang menikmati pemandangan indah tanaman padi huma dilereng bukit juga melihat sendiri bagaimana kopi luwak diproses. Di Umapakel Tegalalang hos dihidangkan dengan pelbagai perisa teh dan kopi, antaranya Teh Kulit Kayu Manis, Teh Serai, Teh Lemon, Teh Rempah, Teh Manggis, Kopi Kelapa, Kopi Vanilla, Kopi Mocha, Kopi Ginseng dan Kopi Coklat.
Episod 9 (Bali, Indonesia)
Lokasi di Boutique Coffee House iaitu Coffee Cartel untuk menikmati kopi. Barista, Ni Luh Ayu Sukremi menyediakan Flat White Coffee, Cartel Coffee dan V60. Biji kopi V60 ini berasal dari Chiliwangi, Jawa Barat dan amat diminati oleh pelancong dari England dan Australia.
Episod 10 (Bali, Indonesia)
Lokasi di Mannaka Café dihidangkan dengan Kopi Arang (Charcoal Latte) dan Matcha Lemonade iaitu sejenis minuman traditional Jepun yang diperbuat dari teh dan lemon.
Episod 11 (Bali, Indonesia)
Lokasi di Titik Temu Coffee menikmati kopi dihidangkan Barista, En Gede Ngurah Satria Wirya iaitu Ice Coconut Long Black, Filter Coffee dan Magic Coffee. Beliau juga memberi nasihat bagaimana untuk menjadi seorang Barista yang berjaya.
Episod 12 (Bali, Indonesia)
Lokasi di Tanah Lot Bali yang terkenal dengan kesenian pembinaan Pura (patung dari kayu). Di sini Sharul dibawa melihat bagaimana Kopi Bali diproses. Pelbagai jenis biji kopi dari seluruh Bali akan dikumpul dan disimpan dalam sebuah gudang. Peniaga kopi atau Barista akan datang ke kilang ini untuk membeli kopi yang sesuai dengan kafe masing masing. Kilang ini juga menyediakan sebuah kafe untuk pengunjung menikmati kopi dan hos mencuba Afofgato iaitu ais krim yang dimakan bersama sos kopi dan Kopi Bali Asli yang lebih kuat rasa kopinya.
Episod 13 (Kuala Lumpur)
Lokasi di Sri Petaling iaitu 5.1 Café Gallery mencuba kopi disediakan oleh Barista Koh Yee Hung iaitu Coffee Latte dan Sweet Potato Latte. Sharul belajar cara membancuh kopi dari En Muhammad Afiq seorang pengajar dan Barista terkenal. Kafe kedua yang dilawati ialah Feebay. Co. di Damansara, Kuala Lumpur.