in , ,

Sharnaaz Henti Ulas Isu Caprice & Ebit Lew Akui Tak Berpihak Pada Sesiapa

Elok juga Sharnaaz tak nak komen lebih-lebih tentang isu kemelut Ebit Lew, Sharnaaz dan Nadir kerana ini akan menambah lagi bara. Tapi eloknya mereka selesaikan dengan baik.

Di dalam kemelut ‘panas’ yang sedang berlaku di antara penyanyi rap, Caprice dan juga pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dia tidak berpihak pada mana-mana pihak. 

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, dia hanya ingin menjaga aib kedua pihak sebelum keadaan menjadi semakin keruh. 

SHARNAAZ

“Sahabat ku sekalian, aku tak berpihak pada sesiapa. Ebit pun tak, Caprice pun tak.. Ada aib yang kita perlu jaga sebelum nama dan agama kita sayangi ini terjejas. Maafkan aku kalau aku buat pandai. Tapi kebenaran ini berat untuk semua rakyat terima, untuk Malaysia dan umat Islam,” kata pelakon Sharnaaz Ahmad. 

Dalam ciapan yang sama di akaun Twitter pelakon tersebut, dia turut berkata tidak akan mengulas lagi berkenaan dengan kontroversi yang sedang berlaku ini dan menyerahkan kepada kedua-dua pihak untuk selesai kan perkara ini dengan baik. 

Sedia maklum, sebelum ini nama Caprice menjadi bualan orang ramai apabila dia memuat naik beberapa hantaran di akaun rasmi Instagramnya dimana dia meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila dia tidak dibenarkan memasuki Gaza. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama SITIK TOK & Drama MATA KETIGA Menemui Penonton TV3

10 Butiran Penting Ebit Lew Jawab Dakwaan Caprice & Nadir di Siaran Langsung