Difahamkan, pelakon Sharnaaz Ahmad membuat review untuk mencuba Sup Jolo Aliff Syukri itu yang dikatakan ‘Confirm terlajak sedap’ pada April lalu. Bagaimanapun, video tersebut viral baru-baru ini dan mendapat perhatian chef selebriti terkenal Malaysia, Chef Wan yang berkongsikan menerusi Instagram miliknya.
Menurut Chef Wan, beliau terpanggil untuk memberikan komen apabila Sharnaaz memetik namanya dalam video review tersebut. Menerusi entri itu, Chef Wan memberi teguran padu kepada Aliff dengan mengatakan orang lain nak berniaga makanan, dia juga nak jual makanan.
Ujarnya, bukan tidak boleh menjual makanan tetapi perlu berhati-hati kerana berniaga makanan perlu menerima segala komen tidak kira positif mahu pun negatif.
“Tu la orang nak berniaga makananan pun kau nak juga jual makanan bukan tak boleh kena berhati hati.
“Jika tak pandai masak kena la pi belajar masak betul-betul jika tidak sebagai usahawan dan jutawan yang pakai jam berlian tangan, pergi la melabur kepada mereka yang pakar dalam bisnes makanan untuk membantu.
“Kadang-kadang citarasa kita tak sama dengan orang lain. Jika tak buat cara betul dan syiok sendiri boleh rugi perniagaan itu. Baik masukan duit itu didalam longkang jadikan sampah,” katanya.
Dalam pada itu, Chef Wan berkata meskipun ada yang mengutuk namun masih ramai peminat Aliff yang akan mahu mencubanya. Katanya lagi, siapa kita untuk mengkritik sedangkan peminat setianya tetap menyokong setiap produk keluarannya.
“Siapalah kita untuk kritik. Scam atau tidak Sup Jolo ini, peminat Aliff Syukri akan tetap setia menyokong setiap produk keluaran jenamanya,” katanya.
Terdahulu, Sharnaaz menerusi video review tersebut meminta Aliff memperbaiki kualiti produk makanannya itu serta melihat semula harga memandangkan harga yang dijual kini iaitu RM16.90 dikatakan agak mahal.
Isu Sharnaaz Kritik Sup Jolo Aliff Shukri, Shahida Balas; “Bercakap Yang Baik Pun Tak Salah Sebenarnya”
Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tampil bersuara ekoran kritikan yang dibuat aktor Sharnaaz Ahmad mengenai Sup Jolo keluaran produk suaminya.
Menurut Shahida, setiap orang mempunyai citarasa dan pandangan yang berbeza.
Tambahnya, sebelum ini dia kerap kali membuat ulasan (review) makanan namun lebih memilih untuk memberi komen yang baik.
“Terpulang pada citarasa dan pandangan individu. Lain orang lain rasa dan cara. Saya sendiri selalu saja review makanan orang bagi pada saya. Tak ada bayaran pun.
“Tapi saya tak pernah review yang buruk-buruk sebab tak sedap di tekak saya. Mungkin sedap di tekak orang.
“Sedap di tekak saya, tak tentu sedap di tekak orang. Jadi bercakap yang baik-baik pun tak salah sebenarnya,” katanya.
Shahida menjawab pertanyaan pengikut menerusi ruangan Ask Me Question pada Sabtu.
“Sharnaaz ada komen pasal sup jolo Aliff Syukri. Apa komen datin?” tanya individu yang tidak diketahui identitinya.
Sebelum ini, Sharnaaz menerusi saluran Youtubenya telah mencuba dan merasa Sup Jolo Aliff namun bengang dengan rasa makanan tersebut.
Video tersebut juga telah menarik perhatian cef selebriti terkenal, Datuk Redzuwan atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan.