Sharnaaz berkata dia tidak mengejar anugerah dalam lakonan namun cukuplah diingati penonton sebagai ‘penjahat Malaysia’ yang ‘sempoi’.
“Saya tak mahu anugerah-anugerah ni. Bagi saja budak-budak (pelakon) baru ni semua. Saya tak mahu anugerah, jujur cakap kerana bukan itu (anugerah) yang saya kejar pun.
“Bukan pencapaian itu (anugerah) yang saya nak. Saya cuma nak saya diingati sebagai ‘villian’ (antagonis) yang paling hebat di Malaysia, itu saja.
“Tak payahlah bagi anugerah, saya tak mahu. Saya minta ingatlah saya sebagai penjahat Malaysia yang sempoi,” katanya.