Berikutan dengan isu didakwa telah mengugut pelakon Nisdawati, Sharnaaz kini menjadi tumpuan media hiburan pula.
“Aku dekat lokasi penggambaran. Kalau pasal Nisda (Nisdawati Nazaruddin) dan Fauzi (Fauzi Nawawi), aku tak nak komen,” kata Sharnaaz Basir Ahmad, 29, seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Laporan juga menyebut, Bagaimanapun kira-kira 30 minit kemudian dia kembali menghubungi wartawan akhbar tersebut, namun tetap enggan mengulas lanjut mengenai punca sebenar kejadian itu biarpun diminta berulang kali supaya berbuat demikian.
Sharnaaz mendakwa, semua orang yang terbabit dalam penggambaran berkenaan seperti pelakon, kru dan pengarah mengetahui sikap pasangan suami isteri berkenaan.
“Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil saja, tetapi dibesarkan mereka (Nisdawati dan Fauzi). Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media.
“Biarlah mereka (Nisda dan Fauzi) memburukkan saya, tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut (memohon maaf)…” katanya.
sumber : Harian Metro