Semasa buat liputan di karpet merah Anugerah Skrin ASK 2015 yang berlangsung pada 8 November 2015 anjuran TV3 yang lalu, Budiey sempat menemubual pelakon sado yang kini sibuk dengan pusat gimnasiumnya sendiri, Sharnaaz Ahmad yang mengenakan busana rekaan yang smart dan kemas bergaya. Sharnaaz turut menjemput Budiey untuk datang ke gimnya yang terletak di Segambut.
Jom tonton temubual yang sempat Budiey rakam di atas ini.
Budiey nak ucapkan terima kasih kepada Sacoor Brothers kerana sudi menaja sepasang suit lengkap untuk Budiey pakai di ASK 2015. Juga kepada Shawn Cutler yang terletak di Bangsar kerana sudi menaja dan buat tatagaya rambut Budiey serta Huios Prep Meal yang sudi menaja makanan clean diet untuk Budiey.