Penyanyi Sharifah Zarina khabarnya sedang merancang untuk membuka taska (Taman Asuhan Kanak-Kanak) dan tadika (Taman Didikan Kanak-Kanak) selepas disarankan oleh jiran dan rakan. Namun, sebelum apa-apa, Zarina mahu mengisi ilmu di dada. Oleh kerana itu, Zarina sekarang sedang sibuk mengikuti pengajian Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Malaya sejak Januari lalu. Pengajian beliau secara separuh masa itu akan tamat pada Disember 2015.
[pullquote]Menurut Zarina, bidang ini sangat menarik sebab sebagai ibu, ia dekat dengan beliau. Malah apa dibincangkan dalam kuliah adalah perkara yang dilaluinya dalam kehidupan seharian.[/pullquote]
Walaupun sibuk dengan jadual kerja dan tugas sebagai ibu, Zarina tetap bijak membahagikan masanya. Nasib baik anaknya pula dah pandai berdikari. Beliau memastikan untuk belajar pada sebelah pagi dan menghadiri kelas hanya seminggu sekali.
Sharifah Zarina mahu memastikan taska yang dibina nanti selesa dan selamat untuk kanak-kanak. Semoga tercapai segala cita-cita. Good luck!