in , ,

Gelar Netizen Kg.Com, Penyanyi Sharifah Zarina Dikecam

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai perbalahan antara artis dan netizen apabila tular mesej perbualan Telegram dimana artis didakwa memperlekehkan netizen dengan menghina netizen IQ rendah serta di ibaratkan lembu di cucuk hidung.

Perbalahan antara netizen dengan artis masih menjadi topik yang masih lagi trending ya. Kali ini, Sharifah Zarina pula yang menjadi sasaran netizen. Hai, bila la nak habis pergaduhan ni, Budiey pun tak pasti. Susulan dari mesej perbualan Telegram artis yang tular di mana beberapa artis memperlekehkan netizen dengan menghina netizen mempunyai IQ yang rendah serta di ibaratkan lembu di cucuk hidung.

Nampak, timbul pula isu baru apabila penyanyi Sharifah Zarina pula menggelar netizen sebagai ‘Kampung.Com’. Kenyataannya dalam satu komen di Facebook itu ternyata mengundang kemarahan netizen.

Scroll je Facebook semua cerita kutuk artis. Tapi yang kutuk tu kebanyakan yang kg.com yang sekolah tak siap. 

“Macam mana tahu? Baca dari cara penulisannya melambangkan tahap mentalitinya,” tulis Zarina.

Gelar Netizen Kg.Com, Penyanyi Sharifah Zarina Dikecam

Menerusi kenyataan itu, Zarina mendakwa kebanyakan cerita di Facebook semuanya mengutuk artis. Dakwanya lagi, netizen yang mengutuk itu kebanyakannya ‘kampung.com’ dan kurang pendidikan.

Komen Zarina itu sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen yang marah dengan kenyataan Sharifah Zarina itu. 

Komen yang ditinggalkan Zarina itu menimbulkan rasa kurang senang netizen dan mula menyerang Instagram miliknya.

sharifah-zarina-blue

“Sanggup kau cakap netizen ni kampung.com? Bagi kau semua orang di kampung mentaliti rendah ya? Kau ni lahir terus kaya tinggal di bandar ke?

“Yang kg.com ni la selalunya sokong artis Malaysia. Tapi korang tak hargai, lagi pandang rendah adalah… Fake!

“Baguslah minta maaf, belajar dari kesilapan, jangan terlalu terbang tinggi, sesekali terbang sederhana, yang di bawah penguat segalanya,”

– Netizen
Gelar Netizen Kg.Com, Penyanyi Sharifah Zarina Dikecam

Rata-rata netizen mengecam Zarina dan mengatakan bahawa mereka yang digelar ‘kampung.com’ inilah yang selama ini menyokong artis Malaysia.

Penyanyi Sharifah Zarina

Enggan memanjangkan isu tersebut, Zarina kemudian tampil memohon maaf secara terbuka menerusi Instagramnya. Zarina berkata dia memohon maaf seandainya menyinggung hati mana-mana pihak.

Gelar Netizen Kg.Com, Penyanyi Sharifah Zarina Dikecam

“Dengan rendah diri dan ikhlas, saya mohon maaf jika menyinggung perasaan sesiapa sahaja. Ajal tak tahu sampai bila. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.

“Semalam mimpi nampak kiamat. Itu yang terus buat kenyataan ini. Kalau anda fikir tentang huru-hara isu tu (perang artis dan netizen), memang bukanlah! I don’t bother!

– Sharifah Zarina
Penyanyi Sharifah Zarina

“Tak campurlah urusan itu, harap kita jumpa dekat akhirat dan dapat kita bermaaf-maafan,”

– Sharifah Zarina

Tambah Zarina lagi, dia didatangi mimpi mengenai hari kiamat dan bimbang seandainya tidak sempat memohon maaf.

Walaupun sudah membuat permohonan maaf, tapi nampaknya masih ada yang mengecam Sharifah Zarina kerana masih tidak puas hati katanya dengan permohonan maaf itu.

Penyanyi Sharifah Zarina

Namun ada segelintir netizen berharap Zarina belajar dari kesilapan dan jangan terlalu bangga diri dengan status artis kerana tanpa netizen mereka mungkin tidak akan menjadi popular dan berjaya menjadi kaya raya untuk menyara kehidupan keluarga.

Tak kurang ada yang mengatakan Sharifah Zarina sengaja buat begitu untuk jadi popular.

sharifah zarina

Apa-apa pun, Mungkin selepas ni, artis kenalah fikir banyak kali dulu sebelum tulis komen kat mana-mana sosial media sebab mereka kena ingat, ada mata-mata netizen yang memerhati. Bak kata pepatah moden, terlajak dron boleh diundur, terlajak komen, mengamuk pulak netizen. 

Penyanyi Sharifah Zarina
#Liveupdate : Sharifah Zarina di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu Ke-30.  #AJL30 #budieyators #budieydotcom #sensasiselebriti #eddthebarber #celebration #budiey #budieyatwork

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yonny Boii Lancar Single Terbaharu Berjudul SALAHKU

Dayah Bakar Umum Hamil 4 Bulan, Ini Titipan Doa Buat Semua Wanita