in

Sharifah Shahora Bela Anak Angkat Kedua

Tidak pernah dikhabarkan mengandung, tiba-tiba saja pelakon Sharifah Shahora mengumumkan dia baru saja menimang cahaya mata kedua hari ini.

Apa yang pasti, Sharifah Shahora yang mudah disapa dengan nama Shora memberitahu bayi perempuan itu bukanlah anak kandungnya tetapi anak angkat kedua untuknya bersama suami, Raja Mukhriz.

Video Sharifah Shahora Duet Fazli Zainal Suasana Hari Raya

“Nama bayi ini adalah Puteri Fiezreen. Dia anak angkat kami kedua. Kami baru saja menerimanya daripada pasangan yang datang dari keluarga yang susah. Kami tidak mengenali keluarga yang berikan anak itu. Kami kenal mereka menerusi kenalan saya yang juga seorang jururawat.

“Sebulan sebelum melahirkan anak ini, pasangan ini telah mengambil keputusan untuk memberikannya kepada sesiapa saja yang berminat,” katanya kepada murai.com.my.

Selepas menerima kiriman SMS itu, Shora bersetuju untuk menjaga bayi berkenaan sepertimana dia menjaga anak sulungnya bernama Puteri Fiedra, 4, yang juga seorang lagi anak angkatnya.

“Sementara menunggu saya mengandung anak sendiri, apa salahnya saya menjaga anak ini seperti anak saya. Lagi pun, anak sulung saya sudah besar dan sangat menginginkan adik. Sepatutnya, saya mula menjaga bayi ini pada 19 September depan, tetapi saya gembira dia hadir dalam keluarga saya awal. Bayi ini baru saja berusia 5 hari dan kulitnya masih merah lagi.

“Menurut ibu bapa anak ini, mereka rasa baik berikannya kepada saya kerana sedikit sebanyak mereka boleh tahu perkembangan anak mereka menerusi cerita dan perkembangan terbaru saya di media tempatan,” jelasnya.

Shora dan Raja Mukhriz mendirikan rumah tangga 26 Oktober 2008. Sumber: Murai.com.my

Sharifah Shahora Bela Anak Angkat Kedua

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UNIQLO Latest Fall Winter 2012 Collection

Temubual Bersama Artis Thailand Pichaya Golf Nitipaisakul