JOM KENDURI! SUNLIGHT TANGGUNG BERES DALAM Kecoh Kenduri Sunlight
Kecoh Kenduri Sunlight merupakan rancangan terbaru yang akan disiarkan di TV9 di mana pengacaranya, Sharifah Shahirah, akan menjelajahi ke serata Malaysia untuk melihat dan sekaligus menyertai pelbagai jenis kenduri yang akan diadakan oleh masyarakat tempatan.
Dalam setiap episod, Shira (Sharifah Shahirah) akan ditemani oleh seorang lagi selebriti jemputan seperti Bell Ngasri, Abby Abadi, Zul Yahya dan Amizah Adnan yang untuk ikut serta dalam aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang kenduri tersebut diadakan.
Dalam pada masa yang sama juga, mereka akan menyingkap kisah-kisah peribadi kaum keluarga yang mengadakan kenduri tersebut, mengikuti adat-adat resam semasa kenduri dan juga menimba ilmu pengetahuan dengan mempelajari mengapa adat-adat sedemikian masih lagi dipegang teguh sehingga kini. Shira dan rakan juga tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk mengimbas kembali nilai-nilai murni kaum Malaysia (seperti silaturrahim dan gotong-royong) sepanjang perjalanan dan pertemuan mereka dengan berbagai jenis orang.
Menurut Feisal Abd. Malik, Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, “Ini adalah kali pertama TV9 bekerjasama dengan Sunlight dan memang tidak dapat disangkalkan lagi program Kecoh Kenduri Sunlight sebanyak 8 episod ini adalah amat sesuai dan relevan dengan masyarakat Malaysia pada zaman sekarang di mana cara hidup kita semakin sibuk dan masa semakin terhad, maka persiapan kenduri dianggap lebih susah dan leceh, menyebabkan kekurangan budaya kenduri ini.
Keikhlasan dalam membantu sambil bergotong-royong sesama sendiri juga semakin disisihkan kerana tugasan memasak dan mengemas kini dialihkan kepada pihak katerer sahaja. Maka dengan itu, semangat kemasyarakatan yang membuak-buak suatu ketika dahulu, kini menjadi malap.”
Sebagai kempen tempatan pertama yang diadakan oleh Sunlight, mesejnya sudah terang lagi bersuluh, iaitu kenduri perlu diadakan lebih banyak bagi memerapkan nilai-nilai murni yang amat penting dalam kebudayaan Malaysia.
Slogannya yang berbunyi “Jom Kenduri! Sunlight Tanggung Beres!” juga membantu dalam menghapuskan andaian mengemas selepas tamatnya sesuatu kenduri itu adalah satu beban kerana formula anti-gris Sunlight akan menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi sepanjang proses pembersihan dan pengemasan. Dengan Sunlight juga, masa yang terhad akan digunakan sebaik mungkin kerana ia akan membuang kotoran dengan amat mudah dan pantas.
Samada ia adalah kepetahan dan sikap bersahaja Shira mahupun kisah-kisah keluarga terbabit yang menyentuh hati di sebalik kenduri, hiburan, cerita yang penuh dengan ilham dan nostalgia yang dipaparkan dalam setiap episod pasti akan mengiburkan para penonton sekalian. Dengan itu, jangan lupa tonton Kecoh Kenduri Sunlight bersama-sama Sharifah Shahirah bermula 18 Julai 2010, pada setiap Ahad, jam 9.00 malam, hanya di TV9, saluran Di Hatiku!
Jika anda tahu tentang sebarang kenduri yang akan diadakan berhampiran anda, jangan lupa beritahu kami. Shira dan rakan selebritinya mungkin sahaja akan datang untuk meriuhkan keadaan! Apa yang ditunggu lagi? Jom Kenduri! Sunlight Tanggung Beres!