Peminat Sharifah Shahirah pasti tahu bahawa pengacara radio dan pelakon itu sudahpun berhijab secara on-off sejak awal tahun lalu. Namun dia kini mengambil satu lagi langkap kehadapan apabila mula mengenakan tudung sepenenuh sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Niat Mula Tercetus Susulan Covid-19
Menurut Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Shiera, niat untuk menutup aurat mula tercetus apabila dia meyedari wabak Covid-19 sudah mengorbankan berpuluh ribu nyawa di seluruh dunia adalah dugaan Allah SWT.
“Ditambah pula apabila PKP dilaksanakan. Pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang.
“Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai,”
– Sharifah Shahirah
Keputusan Disokong Keluarga dan Rakan
Pada awalnya, dia bernazar untuk memakai tudung sekiranya ada penawar untuk wabak tersebut, namun hatinya mula “dijentik†dan ia membuatkan Shiera untuk terus melaksanakan niatnya untuk menutup aurat sekarang.
“Lagipun, sebelum PKP saya memang pakai ‘on-off’ dan suka-suka saja. Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna. Saya masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri,”
– Sharifah Shahirah
Tambahnya penyampai radio SuriaFM itu lagi, keputusannya mendapat sokongan dari semua ahli keluarga serta rakan malah dia turut dihadiahkan tudung oleh mereka.
“Suami tak cakap apa. Dia sentiasa menyokong saya. Walaupun ada ketika dia terlupa saya sudah bertudung. Macam anak perempuan pun, dia siap cakap nak pakai tudung juga.
“Begitu juga rakan-rakan yang sangat menyokong. Malah, ada siap bagi tudung. Azah pun siap tanya adakah betul saya sudah bertudung. Insya-Allah, saya tetap berkawan dengan semua orang.
“Saya masih Shiera yang sama dan saya tetap menjadi diri sendiri. Cuma, saya cuba untuk menjadi lebih lemah lembut. Kalau menjerit saya cepat-cepat beristighfar,”
– Sharifah Shahirah