Selepas kontraknya bersama Suria FM tamat pada tahun 2011, Sharifah Shahira bergiat aktif dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Namun, bermula 5 Februari 2018, suara beliau kembali kedengaran di frekuensi Suria FM. Inilah ‘comeback’ yang dinanti-nantikan oleh peminat Sharifah Shahira dan Suria FM.
Digandingkan bersama Zulin Aziz dan Fizi untuk slot Suria Pagi, Sharifah Shahira yang lebih mesra dengan panggilan Shira tidak melihat ianya sebagai suatu yang membebankan. Malah padanya ini adalah peluangnya untuk lebih mengenali penyanyi-penyanyi baru.
“Sebelum inipun saya tidak pernah berhenti bekerja. Apabila diberikan kepercayaan sekali lagi oleh pihak Suria, saya fikir, kenapa tidak? Saya bekerja dalam industri hiburan, jadi bila kita kembali kepada radio, sekaligus dapat juga kita kenal penyanyi-penyanyi baru. Tidak lah ketinggalan.”
Shira teruja apabila digandingkan bersama penyampai-penyampai muda. Baginya ini adalah peluang terbaik untuk berkongsi pengalaman dan pandangan dengan orang baru. Beliau akan cuba menerapkan elemen perbincangan dan nasihat disamping gurauan ketika ke udara kelak.
“Sharifah Shahira bukanlah nama baru dalam industri seni tanah air dan beliau juga merupakan penyampai Suria suatu ketika dahulu. Kami yakin dan percaya gabungan mereka mereka bertiga akan memeriahkan lagi slot Suria Pagi dengan karakter dan keunikan masing-masing.” kata Cik Roslinda Abd Majid (DJ Lin) selaku Pengurus Program Suria.
“Malah, dengan adanya khidmat penerbit yang berpengalaman, Suria Pagi dijangkakan dapat memberi saingan yang lebih sengit kepada radio-radio berbahasa Melayu di luar sana dan membawakan nama Suria itu sendiri ke tahap yang lebih tinggi.” tambah DJ Lin.
Pelantikan Shira sebagai penyampai baru radio tersebut diumumkan dalam satu sidang media khas pada 6 Februari, jam 3 petang di Tropicana City Mall.
Segmen Suria Pagi ini mendapat tajaan daripada Glow Glowing Beauty Skin & JL Lens By Glow Glowing.
Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.
Mengenai Suria FM
Suria adalah sebuah stesen radio swasta yang dikendalikan oleh Kumpulan Radio Star Media, sebuah syarikat milik Star Publications (M) Berhad. Suria beroperasi secara rasminya pada tahun 2007. Suria mensasarkan pendengar Melayu yang berada di bandar dan juga luar bandar. Stesen radio Suria FM yang mempunyai 2 juta jumlah pendengar ini menyiarkan campuran pelbagai lagu kegemaran sepanjang masa dari pertengahan 90-an sehingga yang terkini.
Kini Suria telah memperluaskan platform menerusi siri jelajah (on ground) & digital di mana pelbagai hiburan serta siri original berbentuk visual terdapat di laman rasmi www.suria.my yang boleh ditonton pada bila-bila masa dan dimana sahaja.
Ikuti Suria di frekuensi berikut:- 105.3 FM Lembah Klang | 106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang | 91.7 FM Taiping | 96.0 FM Ipoh | 102.4 FM Kuala Terengganu | 106.1 FM Kota Bahru | 96.1 FM Kuantan | 88.5 FM Melaka, Johor Utara | 107.0 FM Seremban | 101.4 FM Johor Bahru | 105.9 FM Kota Kinabalu