Sharifah Sakinah mengesahkan kini telah pun selamat bergelar tunangan orang kepada kekasih hatinya, Michael Hansen, seorang warga Sweden berumur 42 tahun.
Pelakon berumur 32 tahun ini turut mengatakan mereka bakal bernikah dalam satu majlis yang dirancang dilakukan secara ringkas dan sederhana saja.
Tentang majlis tunangnya itu, Sharifah Sakinah tidak ada menyatakannya secara lebih detail.
Sharifah Sakinah memohon orang ramai hormati pendiriannya untuk tidak bercerita lebih lanjut tentang hubungannya dengan Michael Hansen. Yang penting hubungannya dengan jejaka berkenaan berjalan lancar dan harmoni.
“Saya amat gembira kenali dirinya. Sejujurnya juga, kami sebenarnya sudah bertunang.”
“Cuma daripada segi persiapan untuk majlis kahwin, jika boleh saya tak mahu membazir duit untuk majlis berkenaan. Ramai yang dah tahu, jika kami kahwin, ianya merupakan yang kedua buat kami berdua.”
“Oleh itu mungkin kami hanya akan langsungkan majlis akad nikah saja nanti, tengoklah nanti, insyaallah.”
– Sharifah Sakinah
Tentang kisahnya sebagai ibu tunggal yang mempunyai anak dan juga bekas suami, Sakinah menyatakan dia okey saja sebab Aliff Adha seorang yang supportive.
Walaupun bukan lagi suami isteri, mereka maih jalinkan hubungan yang baik demi anak mereka, Anais Adha, yang kini sudah berumur 4 tahun.
“Sebagai ibu tunggal, saya okey saja kerana bekas suami saya sangat memahami. Dia memang banyak membantu terutamanya dari hal penjagaan anak.”
“Contoh, kalau saya pergi kerja di lokasi pengambaran, anak akan dijaga olehnya dan kami berdua ada persetujuan yang baik.”
“So far, memang tak ada perbalahan. Memang tak nak ada sengketa sebab nanti akan rumitkan keadaan.”
– – Sharifah Sakinah
Sakinah yang juga merupakan adik kepada Sharifah Sahirah, telah menikahi Aliff Adha yang merupakan seorang pilot pada tahun 2015. Mereka telah berpisah pada tahun 2020.