Nad Zainal seperi yang heboh di media sosial, baru-baru ini. Sakinah berkata dia bukan seorang rakan yang akan menghilang dari radar.
Bukan itu sahaja, Sharifah Sakinah juga berkata dia tidak tahu keberadaan butang ‘sekat’ di media sosial.
Mereka tahu saya seorang yang sangat joyful, tapi mereka juga tahu saya tak lari atau menghilangkan diri dari orang.
“Saya sendiri pun tak tahu button block tu dekat mana, saya tak begitu aktifdi media sosial.
– Sharifah Sakinah
“Sumpah demi Allah, saya tak suka bergaduh dengan orang. Pernah ke dengar isu saya bergaduh dengan media ke orang lain ke? Mungkin ada yang terasa hati ke saya minta maaf,”
Kali terakhir berhubung dengan Nad Zainal sebelum berkahwin bersama aktor, Ungku Ismail, Sakinah berkata dia tidak mahu terus mengulas kerana bimbang tersebar aib ramai pihak.
“Saya sangat transparent. Saya tak nak banyak cakap sebab nanti saya akan cakap benda yang betul.
– Sharifah Sakinah
“Jadi lebih baik saya tutup aib kawan saya, tutup aib semua pihak. Saya tidak akan menipu, saya bukan ‘cliche’ selebriti yang akan ‘berlapik’ ketika menjawab soalan.
“Saya seorang yang sangat ‘real’. Bila ada event i akan set my mind untuk
tak bercerita ketika ditemuramah sebab nanti habis semua aib’ keluar,”
Sementara itu, Sakinah juga memuji Nad Zainal seorang yang sangat bekerja keras dan digelar primadona
“To me she’s beautiful, dia seorang yang sangat bekerja keras, she has so much values on herself. Dia tahu dimana position dia sekarang.
– Sharifah Sakinah
“Saya hormati keputusannya. Tahniah dan saya doakan yang terbaik untuk dia. “Tak ada perubahan antara kami, bila orang kata dia sombong.. saya tak rasa pun dia sombong.
“She’s a beautiful primadona,”
Sebelum ini, nama Nad Zainal heboh di platform media sosial selepas
pengakuannya yang tidak kisah sekiranya hilang rakan daripada radar. Pengakuan tersebut telah meraih perhatian aktres, Nabila Huda yang terkejut apabila disekat oleh Nad Zainal di Instagram meskipun ‘tidak mengenali’ aktres itu.
Susulan itu, perkongsian Sakinah di Instagram mencetus pelbagai reaksi yang melabel Nad Zainal narsisistik serta berharap untuk berjumpa aktres itu di alam lain.