in , ,

Sharifah Rose Dicop Anak Emas Stesen TV Gara-Gara Kerap Jadi Heroin

Masih baru dalam dunia lakonan namun pelakon Sharifah Rose dilihat sering muncul sebagai heroin. Setakat tahun ini, Rose tampil sebagai heroin dalam dua drama.

Susulan itu, ada yang mendakwa Sharifah Rose sebagai anak emas stesen televisyen kerana dilihat kerap menjadi heroin. Menafikan dakwaan itu, Rose berkata tawaran yang diterima adalah rezeki yang sudah tertulis.

“Nak cakap anak emas bukanlah anak emas pun… mungkin first drama dengan Redza Rosli iaitu Kekasih Hati Mr Bodyguard dapat banyak perhatian penonton dan dari situ stesen tv nampak saya dan daripada situlah kerjaya saya mula berkembang.

“Do You Love Me, Captain? drama ketiga saya jadi heroin, saya anggap semua ini adalah rezeki Alhamdulillah,”

– Sharifah Rose

Meskipun ada yang mengkritik mengenai lakonannya, bagaimanapun Rose tidak sesekali patah semangat. Malah dia terus belajar untuk memantapkan mutu lakonannya.

“Memang dari dulu saya tak pernah ambil hati bila lakonan saya dikritik sebabnya kadang-kadang saya ada buat salah yang saya sendiri tak perasan. Saya rasa dah buat yang betul tapi mereka nampak ada salah sebab kita tak nampak bila diri kita dalam screen.

“Dari situ saya belajar untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ini. Macam kali ini saya bergandingan dengan Ali, kami sama-sama masih baharu jadi kami banyak belajar di antara satu sama lain,”

– Sharifah Rose

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“6 Tahun Terjebak Najis Dadah, Satu Penyesalan Terbesar,” – Ezad Lazim

Semakin Maju & Sukses, Arja Lee Kini Pensyarah Di Universiti Malaysia Kelantan