Ketika acara Anugerah Skrin berlangsung, Syarifah Amani & Que Haidar kelihatan duduk bersebelahan di dewan dan cukup mesra seperti pasangan bercinta. Adakah pelakon Selamat Pagi Cinta! ini benar-benar bercinta atau sekadar untuk menimbulkan hype filem terbaru arahan pengarah wanita paling muda di Malaysia ini? Semasa Syarifah Amani bergandingan dengan pelakon filem Mukhsin, Mohd Shafie Naswip menjadi penyampai anugerah, ada dialog-dialog trigger mereka membuat penonton terlintas semacam Syarifah Amani ada affair dengan Que Haidar.
Syarifah Amani: Syarifah Aryanna, jangan jeles tengok kitorang berdua kat sini.Â
Mohd Shafie Naswip: Que pun jangan jeles ek!
Ops! Budiey rasa gossip ini hanya gimik untuk menimbulkan hip kepada penonton dan seterusnya orang akan mencari rahsia di sebaliknya. Mungkin ini hanya untuk meletopkan kesedaran penonton dan melariskan filem Selamat Pagi Cinta! atau sekadar teman tapi mesra macam Linda Onn dan Farhin yang dah mula nak tunjuk intim mesra dengan lensa fotografer? Apa-apa pun, kalau benar mereka bercinta, Budiey rasa Syarifah Amani & Que Haidar memang secocok dan sepadan. Sama kiut sama padan… macam pinang dibelah dua.
Â
Budiey bersama Syarifah Amani dan pelakon drama Emil Emilda, Isma Yusoof. Saya hairan mengapa Drama Emil Emilda tak menang dan tidak memikat hati juri langsung sedangkan ramai penonton yang suka dengan drama ini. Mmm… pelik gak la. Apa-apa pun, kepada Isma Yusoof, pelakon drama Emil Emilda dan geng produksi yang lain, korang dah buat sehabis baik. Mungkin tiada rezeki korang. Cuba lagi okay!
[tags]cinta, filem, que haidar syarifah amani bercinta, isma yusoof, selamat pagi malaysia[/tags]