in ,

Shama Xujiahui : Lokasi praktikal di tengah Shanghai

Shanghai dewasa kini semakin sering menjadi tumpuan para pelancong asing khasnya rakyat Malaysia. Ini kerana bandaraya kedua paling popular Republik Cina ini memang terkenal dengan pelbagai tempat menakjubkan, khasnya beberapa peninggalan Eropah di Asia serta kawasan membeli-belah menarik.

Jarak Shanghai dan KL yang hanya memakan masa sekitar empat setengah jam dengan menaiki kapal terbang memudahkan lagi perjalanan para pengunjung dari Malaysia.

Shama Xujiahui Shanghai - Building exterior

[dropcap]O[/dropcap]leh kerana itu, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat. Walaupun semakin banyak hotel-hotel baru yang muncul di bandar ini, namun terdapat beberapa hotel berkonsepkan pangsapuri di Shanghai yang telah lama bertahan dengan konsepnya yang tersendiri. Shama Xujiahui di Shanghai merupakan salah satu tempat penginapan sedemikian yang dimaksudkan.

Terbina di antara kawasan pusat Shanghai iaitu Xujiahui,kedudukan strategiknya menyebabkan ramai yang memilih untuk bermalam di sini. Apatah lagi stesen metro (seperti MRT) Xujiahui juga tidaklah terlalu jauh dari kediaman ini. Xujiahui juga mempunyai tarikan lain seperti gereja St Ignatius dari zaman mubaligh Kristian dahulu serta taman Xujiahui yang moden (Xujiahui Park).

Biarpun sudah beberapa tahun bertapak di sini, kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan Shama Xujiahui masih lagi utuh dan malah semakin bagus saban hari. Apalagi dengan senireka dalamannya yang seiring dengan gaya kontemporari hotel-hotel serta pangsapauri lain masa kini.

Semestinya setiap unit studio atau pangsapuri dilengkapi kemudahan internet wi-fi, TV kabel berlayar leper dan macam-macam kemudahan moden yang lain. Ini termasuklah mesin basuh , dapur elektrik dan juga perkakas dapur lain seperti periuk, kuali, sudu dan garpu!

Yang lebih istimewa, ia bukan sahaja menawarkan bilik-bilik dan suite seperti hotel-hotel mewah yang lain tetapi tujuan utama mereka adalah untuk mewujudkan tempat tinggal dan bukan sekadar bilik biasa. Dengan konsep pangsapuri sepenuhnya, setiap unit persis pangsapuri mewah dengan perkhidmatan (serviced apartments). Terdapat 219 pilihan pangsapuri berbentuk studio dan juga unit yang mempunyai satu hingga tiga bilik tidur serta pangsapuri dua tingkat untuk kemudahan para tamu. Ini diserikan lagi dengan perkhidmatan terbaik para pekerja kediaman ini yang datang untuk mengemas setiap unit seperti di hotel lima bintang yang lain.

Turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti gimnasium, bilik permainan kanak-kanak dan macam-macam lagi, kediaman ini sering menjadi tumpuan para usahawan yang mempunyai urusan kerja di kawasan sekitar Shanghai dan juga ahli keluarga yang bercuti. Ini kerana ia berdekatan dengan pusat-pusat perdagangan dan industri terkemuka seperti pusat-pusat membeli-belah.

Soal menjamu selera juga bukanlah satu masalah kerana tersedia sebuah restoran halal tidak jauh dari pangsapuri ini. Ini sangat memudahkan para tamu Muslim kerana tidak perlu ragu-ragu atau was-was dengan sajian yang tersedia. Jadi sekiranya anda tercari-cari, penginapan di Shanghai untuk bilangan tamu yang ramai, pastikan Shama Xujiahui menjadi pilihan pertama anda!

Shama Xujiahui Shanghai - Children playground

Shama Xujiahui Shanghai - Fitness room

Shama Xujiahui Shanghai - Three bedroom unit living room

Shama Xujiahui Shanghai - Two bedroom unit living room_2

Shama Xujiahui : Lokasi praktikal di tengah Shanghai
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hotel Review Lanson Place Aroma Garden Shanghai

Pernikahan Adira Sah Ikut Hukum Syarak