in , ,

Shahrulezad Puji Mizz Nina Tak ‘Londeh’ Aib Rumah Tangga Bersama Noh Salleh

Pengarah popular, Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat memuji Mizz Nina yang disifatkan bijak menangani masalah rumah tangga tanpa membuka aib sesiapa.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Shahrulezad memberikan pendapatnya golongan selebriti tidak perlu membuka aib meskipun berdepan kemelut rumah tangga.

“Mizz Nina juga yang kelas. Senyap senyap dia dapat apa yang dia mahu kan tanpa melondehkan aib masing-masing di depan kita semua,”tulisnya.

Dalam pada itu, Shahrulezad berkata tindakan Mizz Nina itu juga  sekaligus tidak membuatkan netizen turut sama terpalit dosa.

Perkongsian Sharulezad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan matang Mizz Nina serta mengatakan itu yang membezakan antara orang yang berilmu dengan tiada ilmu.

Terdahulu, Mizz Nina dan Noh mengesahkan mereka sudah bercerai menerusi satu kenyataan di Instagram masing-masing pada 4 Ogos tahun lalu selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trend Raya 2023 Tampilkan Kelengkapan Raya, Persembahan & Hadiah

Amani Finalis Ceria Popstar Xtra Lancar Single Debut Berjudul LAKARAN MAGIKA