[dropcap]I[/dropcap]ngin menyaksikan bagaimana agaknya pelakon Shahrizal Jaszle menghayati watak kehidupan pemuda yang berdepan dengan kesusahan hidup tinggal di perkampungan nelayan nun jauh di Semporna, Sabah? Usah ketinggalan menyaksikan drama menarik mengisi slot Panggung 1 bertajuk “Ekspedisi Cinta” disiarkan pada 29 Jun 2013, jam 2.05 petang di TV1.
Turut menampilkan pelakon Lia Natalia, Zarynn Min, Jasmin Hamid, Marlin Malalin, Hafizuddin dan Troy, drama arahan Haris Kadir ini pastinya mampu menarik perhatian penonton kerana sebahagian besarnya menjalani penggambaran pulau indah di Semporna, Sabah.
Ia mengisahkan Hadif Anaqi, anak kepada Datuk Malek dan Datin Jasmin, ahli perniagaan yang berjaya. Hadif mempunyai seorang kakak sulung, Malisa. Perbezaan sikap Malisa dan Hadif jelas ketara namun mereka tetap akrab. Hadif sering menggunakan Malisa sebagai orang tengah meminta apa saja kemahuan yang diinginkannya. Hadif adalah anak yang terlalu manja dan sentiasa mahukan kesenangan dalam hidupnya sementara Malisa telah diajar cara-cara berdikari dan berdisplin sejak dari kecil lagi. Malisa lebih lemah lembut dan bersopan santun, mirip Datin Jasmin.
Hadif yang baru pulang melanjutkan pelajaran di luar negara masih berterusan dengan sikap suka berhibur dan nakal. Saban hari ada saja perkara yang membuatkan Datuk Malek dan Datin Jasmin hampir hilang pertimbangan melihat ataupun mendengar perilaku anaknya itu dan lebih membimbangkan mereka bila saban hari ada saja anak gadis yang datang membuat aduan mengenai diri mereka yang dipermainkan oleh Hadif.
Memikirkan sikap Si Hadif yang sudah tidak boleh dikawal lagi, Datin Jasmin telah mencadangkan pada suaminya supaya mencarikan jodoh yang tepat buat Hadif. Dengan cara itu diharapkan Hadif dapat belajar bertanggungjawab dan berdikari dalam membangunkan keluarganya sendiri selain menggelakkan ramai lagi gadis bakal dianiaya Hadif.
[pullquote align=”right”]Drama “Ekspedisi Cinta” Lakonan Shahrizal Jaszle Berlatarkan Lokasi Indah Semporna, Sabah pada 29 Jun 2013, jam 2.05 petang di TV1[/pullquote]
Maka Datuk Malek dan Datin Jasmin telah membuat perjanjian dengan Hadif mengenai perkara itu. Mereka telah menyuruh Hadif mencari jodoh dan berkahwin dengan gadis yang dipilihnya dalam masa sebulan. Jika tidak, segala kemewahan yang Hadif kecapi sekarang akan ditarik balik. Selain itu, ikatan perkahwinan yang dibina mestilah lebih dari setahun dan jika lebih, Hadif akan mendapat apa saja yang dimahukannya. Ini bagi meyakinkan mereka bahawa Hadif tidak mengambil kesempatan dan benar-benar bahagia dengan pilihan hatinya sendiri.
Hadif semakin bingung memikirkan perkara itu. Ini kerana Hadif langsung tidak menemui gadis yg benar-benar dia suka kerana bagi nya semua gadis yang mahu bersamanya adalah semata-mata kerana wang ringgit. Maka pada Malisa lah tempat Hadif meluahkan rasa. Malisa juga simpati dan tidak menyangka keputusan dibuat ibubapanya terlalu drastik. Bagi Hadif dia langsung tidak bersedia untuk berkahwin tambahan Malisa sendiri masih belum bertemu jodohnya.
Tiba-tiba Hadif dikejutkan dengan tiket kapal terbang ke Sabah. Malisa memberikannya idea gila supaya Hadif melarikan diri buat seketika supaya ibubapanya rasa bersalah terhadap pemergian Hadif. Hadif teruja tambahan dia memang suka melancong dan segala urusan telah dibuat oleh Malisa sendiri. Tanpa berfikir panjang, Hadif bersetuju.
Keesokkan harinya, Datin Jasmin dan Datuk malek terkejut mendengar berita mengenai Hadif yang telah menghilangkan diri. Bagi Hadif pula, pemergian itu adalah titik permulaan masalah yang menimpanya. Ini kerana, dia terkejut bila Damek, lelaki Sabah yang diupah kakaknya telah membawanya ke sebuah perkampungan kecil di, Samporna. Segala bayangan tempat percutian yg bakal di rasainya jelas berbeza. Damek memaklumkan Malisa telah mengarahkannya menghantar Hadif disitu dan belum sempat untuk bertanya lebih, Damek telah pergi.
Hadif ditinggalkan di perkampungan itu sendiri. Hadif cuba menghubungi Malisa namun gagal dihubungi. Hadif mula runsing bila perkara itu berlarutan beberapa hari memandangkan duit nya semakin berkurangan. Malisa telah berjanji akan memasukkan duit setibanya dia disana namun semuanya tidak menampakkan tanda-tanda. Hampir seminggu Hadif cuba mendapatkan ahli keluarganya yang lain namun juga gagal. Semua no telefon tiada dalam perkhidmatan. Hadif tak ada pilihan lain selain terpaksa berjimat cermat menggunakan wang ringgitnya.
Sehinggalah satu hari, dia bertemu secara tidak sengaja dengan Erina, gadis Sabah yang berasal dari kampung disitu. Pertemuan yang pertama jelas tidak disukai Erina yg menganggap Hadif anak kota yg kurang ajar. Hadif masih dengan egonya. Namun secara perlahan-lahan Erina mula simpati dengan Hadif. Sejak itu, Erina mula mendekati Hadif. Permulaan masih menunjukkan sikap jual mahal Hadif terhadap Erina. Hadif juga pernah hampir dituduh mahu mencuri wang hasil tangkapan laut orang kampung namun berjaya diselamatkan Erina. Hakikatnya, hadif memang mahu mencuri sebab terdesak nak cari duit tiket kapal terbang baliknya.
Pelbagai adegan lucu berlaku terutama apabila melihat kesusahan Hadif yg tidak biasa dengan kehidupan sebagai anak kampung disitu. Pelbagai perkara terpaksa dilakukan Hadif bagi menampung hidupnya yang tiada siapa tahu bila dia akan berjaya dapat pulang ke KL semula. Dia terpaksa berbaik dengan Erina kerana terhutang budi namun dihati kecil dia tetap mahu menggunakan Erina bagi melepaskan dirinya. Akhirnya bibit-bibit cinta mereka mula berputik sejak Hadif menyelamatkan Erina yang hampir lemas di pantai. Lalu apakah kesudahan kisah cinta mereka berakhir dengan berita gembira?