Sebelum ini, pelakon Shaheizy Sam pernah viral apabila ditegur seorang netizen apabila menggantung pod vape di leher ketika memakai t-shirt dan seluar askar. Setelah ditegur oleh individu tersebut, pelakon yang bakal membintangi filem berjudul Bakara itu lantas memohon maaf.
Pada malam tadi, semasa ABPBH33, Shaheizy Sam telah ditugaskan menjadi penyampai anugerah dan gara-gara menggantung vape di leher Shaheizy Sam telah menerima teguran pengendali akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM).
Pengendali akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM) mempersoalkan tanggungjawab pihak produksi tidak menyaring penampilan selebriti tersebut sebelum bersiaran secara langsung.
PHM turut menyifatkan tindakan pelakon itu telah mempromosikan penggunaan vape dalam kalangan masyarakat.
Menerusi perkongsian yang dibuat, PHM beranggapan bahawa bintang Polis Evo tersebut dilihat mempromosikan penggunaan vape.
“Sedih sangat melihat budaya buruk dipromosikan sebegini. Bukan tak ada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca TV.
“Usah sembang mengenai pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), jika promosi vape sebegini pun boleh lepas dalam tayangan siaran langsung di TV,”
– Pengendali akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM)
Dalam pada itu, perkongsian yang dibuat PHM juga mendapat reaksi pelbagai pihak yang dilihat kesal dengan sikap tidak peka suami kepada pelakon Syatilla Melvin itu.
“Memang sedia maklum dalam rancangan hiburan yang ditonton oleh keluarga pelbagai peringkat umur tidak boleh mempromosikan rokok, arak termasuk vape,”
– Netizen
Sementara itu, Shaheizy menjelaskan bahawa dia terlupa untuk menanggalkan vape berikutan keadaan kelam kabut sebelum naik ke pentas.
“Terlupa sebab kelam-kabut. Memang sejak dahulu lagi, saya ke hulu ke hilir bawa banyak vape sebab bateri cepat habis,”
– Shaheizy Sam
Seorang lagi pengguna Facebook dalam komennya telah menduga tindakan pelakon tersebut menggantung vape sambil memakai baju Melayu akan mendapat kecaman.
Diharapkan perkara ini dapat menjadi satu pengajaran untuk penganjur dan selebriti pada masa akan datang.
Dalam perkembangan lain, ABPBH33 menyaksikan kemenangan penyanyi Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Jumaat.