in ,

Shah Iskandar ‘Test Market’ Mahu Buka Akaun OnlyFans, Tapi Sekali Shamsul GhauGhau Kasi Komen

Pemilik nama Shah Iskandar Mahfuz atau lebih dikenali sebagai Shah Iskandar adalah seorang pelakon, pengacara dan model.

Kelibat figura kelahiran Singapura ini mula mendapat perhatian selepas membintangi drama kepolisian popular tempatan iaitu Gerak Khas dan membawa watak sebagai Inspektor Hisyam beberapa tahun lalu. Bermula dari situ, namanya mula dikenali dan terus mewangi di lapangan seni tanah air sehingga hari ini.

Namun tindakan pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar memuat naik sekeping fotonya di laman Instagram yang berpakaian sukan mengundang pelbagai reaksi ‘nakal’ warganet.

Menerusi posting tersebut, pelakon berusia 39 tahun itu turut meletakkan kapsyen berunsur gurauan yang mahu ‘test market’, namun memfokuskan bahawa larian adalah senaman terbaik bagi semua peringkat umur.

“Test market “onlyfans” (aplikasi). Ok, on a more serious note, running is actually the best exercise for all ages,” tulis pelakon drama Jodoh-Jodoh Annisa itu.

Shah Iskandar

Apa yang menonjol tu? Shamsul Gha Ghau masuk komen

Shah Iskandar
Shah Iskandar

Shah atau nama penuhnya Shah Iskandar Mahfuz berkahwin dengan Siti Sarah Mohd Noor di Singapura pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Yusuf Zulkarnaen yang kini berusia tujuh bulan.

Trivia Menarik Tentang Shah Iskandar

Seorang yang pendiam tetapi peramah.

Menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati bernama Siti Sarah Mohd Noor pada 16 Januari 2016.

Pernah berkhidmat sebagai seorang guru pendidikan khas.

Graduan jurusan perfileman di Politeknik Ngee Ann, Singapura.

Pernah menyertai program realiti mencari bakat lakonan iaitu Anugerah Skrin Singapura dimana dinobatkan tempat ketiga menerusi pertandingan tersebut.

Pelakon TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 & 2014.

Datuk Yusof Haslam merupakan orang yang bertanggungjawab membawa dan memperkenalkan aktor ini di dunia seni hiburan tempatan.

Sukakan barangan yang diperbuat daripada kulit.

Mempunyai seramai lebih 200,000 pengikut di instagram dan lebih 90,000 pengikut di twitter miliknya.

Sumber: Instagram Shah Iskandar

Aurat Lelaki

Apakah batasan aurat lelaki?

Batasan yang disepakati oleh ulamak ialah dua kemaluan iaitu depan (bahagian zakar) dan belakang (bahagian punggung). Wajib lelaki menutup dua bahagian tersebut dari diperlihatkan kepada orang lain. Adapun yang selain dari itu, maka para ulamak berbeza pandangan.

Pandangan pertama; aurat lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Jadi berdasarkan pandangan ini, paha adalah aurat dan wajib ditutup. Dalil mereka hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku;

أما علمت أنَّ الفخذ عورةٌ
“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa pah.a adalah aur4t?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik)

Pandangan pertama ini merupakan pandangan jumhur ulamak.

Pandangan kedua; aur.at lelaki hanyalah dua kem4aluannya sahaja iaitu depan dan belakang. Paha tidaklah aurat. Mereka berdalilkan beberapa hadis antaranya hadis Anas r.a. yang menceritakan;

أن النبي صلى اللَّه عليه وسلم يوم خيبر حسر الإزار عن فخذه حتى إني لأنظر إلى بياض فخذه
“Pada hari peperangan Khaibar, terselak kain dari paha Nabi s.a.w. hingga aku dapat melihat putihnya paha baginda” (HR Imam Ahmad dan Imam al-Bukhari).

Pandangan kedua ini adalah pandangan mazhab az-Zahiri dan sebahagian ulamak mazhab Maliki.

Menurut Imam al-Bukhari; hadis Anas di atas lebih kuat sanadnya, namun hadis Jarhad adalah lebih berhati-hati. Jadi sebagai langkah berhati-hati (ihtiyat), lebih baik kita berpegang dengan pandangan jumhur kerana kita dapat lari dari khilaf dan keraguan. Sabda Nabi s.a.w.; “Tinggallah yang meragukan kamu untuk berpindah kepada apa yang tidak meragukan kamu” (HR Imam at-Tirmizi dan an-Nasai. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh).[1]

Adakah pusat dan lutut termasuk aur4t dan wajib ditutup?

Jumhur ulamak (merangkumi Imam Malik, Syafi’ie dan Ahmad) berpandangan; pusat dan lutut tidaklah aur4t, namun wajib ditutup sebahagian darinya untuk menyempurnakan penutupan kawasan aurat di atas (yakni kawasan antara pusat dan lutut) kerana sesuatu yang tidak sempurna yang wajib kecuali dengannya maka ia turut menjadi wajib. Maksud wajib ditutup sebahagiannya ialah; menutup sebahagian pusat sebelah bawah dan sebahagian lutut sebelah atas. [2]

Menurut mazhab Imam Abu Hanifah;[3] Pusat tidaklah aurat[4], akan tetapi lutut adalah aur4t dan wajib ditutup.[5]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gurau Tak Kena Tempat, Iman Troye Kena ‘Sound’ dengan Sharnaaz Ahmad

Drama Scammer Lakonan Siti Saleha & Kamal Adli, Ini Fakta & Sinopsis Yang Anda Patut Tahu