in

Shae & Nukilan Bergabung Demi Lagu RINDU

Petang ini, Budiey dapat dengar lagu terbaru keluaran Qarma Musiq bertajuk Rindu buat pertama kali. Lagu ini dinyanyikan oleh Shae & Nukilan. Untuk info pembaca, lagu Rindu dibuat oleh Malique untuk Warner Music Malaysia. Co-produced by Tripdisz. Boleh layari: www.qarmamusiq.com

Layannnzzz!

shae

Lirik Rindu – Shae & Nukilan

Verse 1
Di malam yang sepi
aku sendirian
dengar bisik hati
kupejamkan mata
biarkan dibawa
kembali ke suatu
ruang dan masa
indahnya bila
dibuai sejarah
di dalam keasyikan
terlihatkan seraut wajah

Chorus
Rindu
membelenggu
terkenang masa lalu
hati jadi
rindu
tak terkata
manapun kau berada
semoga berbahagia

Verse 2
Ku bertanyakan mana Sita
kembalikan warkah cinta
moga manis jangan tangis hakis tinta
semua janji yang pernah dideklarasi
tinggal puisi sepi minta dideklamasi
aku masih bergelut memeluk takdir
detik bermula sehingga kemelut berakhir
apapun juga keputusan
aku terima walau jujurnya tak keruan dan
yang dah berlaku biarkan berlalu
nescaya nestapaku kan diubat waktu
kau harus bahagia walau tak bersamaku
khabarnya hidupmu kini ibarat ratu
nahu lagu berbaur tabu ku tahu
namun bukan niat ‘tuk menggugat dan menggangu
semoga kau pun merindui
dua lokasi, hati satu frekuensi,
aku rindu

Bridge
Rindu
sejujurnya ku menginginkanmu
di sini
bersama menempuh dunia ini

(Chorus)

Verse 3
Andainya diberi kesempatan
banyak yang mahu kuperkatakan
menyusur rekahan mengukur punca retakan
sejujurnya dirimu tak kupersalahkan
sempurna perbuatan, perkataan dan perwatakan
mungkin semuanya berpunca dari aku
yang selalu keterlaluan memahukan sesuatu
memorabilia, paraphernalia cinta
setia mencerita sisa memori tercipta bila (rindu)
ku mengadu ke purnama
bertanyakan khabar pujanggaku di sana
puisi cinta lama sibuk dihidupkan
menjadi senandung lestari bayu tiup-tiupkan
yang kau nyanyikan aku nyanyi juga
tak sempurna tapi ku kan tetap coba
semoga terus merindui
dua lokasi, hati satu frekuensi,
aku rindu

(Chorus)

Outro
Jangan ku kau lupa hingga hari kita bersua

Credits
Composed by Malique, Dedeq and Tripdisz
Lyrics by Malique and Dedeq
Music arrangement by Tripdisz
Piano by Ahmad Izham Omar
Additional piano by Dedeq
Guitars by Rizal Halim
Bass by Kelly
Drums by Ujang Exist
Recorded at Odyssey Studios by Illegal and Qarma Studios by Voodoo and Tripdisz
Drums recorded at Modjo Studios by J-Nivus
Mixed by Illegal at Odyssey Studios
Mastered by CL Toh at Mastering One ([email protected])
Co-produced by Tripdisz
Produced by Malique for Warner Music Malaysia
Performed by Shae and Nukilan
Shae appears courtesy of Warner Music Indonesia
Nukilan appears courtesy of Qarma Music Sdn. Bhd.
Published by Qarma Music Sdn. Bhd.

All rights reserved, Warner Music Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Lancar Aplikasi MyMaxis Untuk Pelanggan Pascabayar

Zizan Razak & Lisa Surihani Dalam Filem CICAKMAN 3