Kematian boleh datang tanpa mengira siapa kita, umur kita atau pun keadaan kesihatan. Siapa sangka orang yang kelihatan sihat walafiat boleh diambil ‘pergi’ dalam sekelip mata sahaja oleh Tuhan. Hari ini satu berita mendukacitakan yang kita diterima apabila dimaklumkan, panel Tazkirah Malam Jumaat iaitu seorang ilmuan yang aktif dalam dunia dakwah, Ustazah Shadiya Abbas dikhabarkan meninggal dunia.
Berita pemergian Allayarhamah telah disahkan oleh suaminya, Ustaz MK Azman di laman Facebook. Menerusi perkongsian di Facebook suami arwah, Ustaz MK Azman, beliau memaklumkan jenazah arwah kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk beberapa prosedur sebelum ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan. Arwah meninggalkan suami dan dua orang anaknya.
Berita tentang pemergian pendakwah Ustazah Shadiya Abbas secara mengejut pada jam 5.05 pagi tadi iaitu tanggal 5 April 2020, ternyata mengejutkan dan pemergiannya cukup dirasai oleh rakan-rakan, kaum keluarga mahupun mereka yang pernah menimba ilmu dengannya.
Siapa tidak kenal Ustazah Shadiya Abbas yang terkenal sebagai pendakwah dan sentiasa aktif melakukan program-program amal bersama suaminya, Ustaz MK Azman. Arwah Shadiya sering kali dijemput sebagai penceramah untuk forum agama di TV1, TV9, Al-Hijrah dan juga Astro Oasis.
Beliau juga memaklumkan bahawa jenazah Allahyarhamah kini berada di Hospital Sungai Buloh bagi menjalani ujian untuk mengetahui sama ada Allahyarhamah dijangkiti Covid-19 atau tidak serta perlu menunggu selama 24 jam bagi mengetahui keputusan ujian tersebut.
Berita menyedihkan itu nyata mengejutkan ramai pihak, di dalam Facebook beberapa penceramah terkenal dan personaliti TV, antaranya Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Proft Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff dan Fedtri Yahya.
Berkecimpung sebagai pendakwah di kaca televisyen, arwah sudah tentu dikenali dalam kalangan selebriti yang pernah terlibat dengan program ceramahnya.
Justeru kehilangannya turut menyentap perasaan dan jiwa beberapa selebriti yang sebelum ini menjadikan arwah sebagai sumber rujukan untuk bertanyakan soal agama. Berita menyedihkan itu nyata mengejutkan ramai pihak, di dalam Facebook beberapa penceramah terkenal dan personaliti TV, antaranya Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Proft Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff, pengacvara Fedtri Yahya dan selebriti yang lain.
Antara selebriti lain yang meluahkan rasa adalah Diana Amir yang menyifatkan arwah sebagai pendakwah yang dikagumi, peribadinya yang mudah mesra sangat disenangi ramai. Turut terkesan, Lisa Surihani yang terkejut mendapat perkhabaran sedih itu. Menurut Lisa, ustazah Shadiya mempunyai keperibadian yang mulia mudah membuat orang tersentuh dan sayang kepadanya.
Malah, Yatt Hamzah dan Anita Baharom juga bersedih dengan pemergian arwah sempat berkongsi momen bersamanya ketika arwah masih ada. Menurut Yat, ustazah Shadiya adalah seorang sahabat yang selalu ceria dan kelakar orangnya, dan arwah selalu menjadi tempat rujukan Yat dalam bertanyakan soal agama.
Sebelumnya, pada hari Jumaat lalu, Allahyarhamah sempat menyampaikan tazkirah melalui Facebook miliknya yang berjudul “JANGAN MENGHINA, JIKA SAYANGKAN ALLAH’. Dakwah hingga akhir hayat, menerusi posting terakhir itu telah mendapat perhatian daripada warganet khususnya pengikut setia Allahyarhamah.
Apa yang lebih menyentuh hati, status terakhir arwah di Facebook juga masih berkenaan dakwah. Status dengan tajuk JANGAN MENGHINA JIKA SAYANGKAN ALLAH itu mengulas mengenai cara-cara menangani golongan bekas Muslim yang boleh dipimpin ke pangkal jalan.
Sempat Sambut Ulang Tahun Perkahwinan ke-17
Menurut satu posting di Facebook Ustaz MK Azman, pasangan ini sempat menyambut ulangtahun perkahwinan ke-17.
Apa yang menyentuh perasaan, menurut Ustaz MK Azman, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17 tahun pada 30 Mac lalu adalah yang terakhir untuk arwah Ustazah Shadiya.
Sementara itu, menerusi perkongsian dari teman seperjuangan arwah ramai yang terkejut dengan pemergian pejuang Islam ini tanpa sebarang tanda.
Ruangan komen ketika ini dipenuhi dengan ucapan takziah dan sedekah ayat suci Al-Quran daripada rakan-rakan dan anak murid arwah.
Rakan arwah, Muzayyanah Abdullah berkongsi kisahnya sepanjang persahabatan dengan pendakwah ini.
Ya Allah. Tangan masih menggigil. Airmata masih mengalir. Terkejut. Sungguh…. dia masih muda. Macam-macam perancangan ceria dan aktifnya tentang dakwah yang dirancang bersama.
Hujung bulan 3 baru share tentang Kisah cintanya yang sudah 17 tahun bersama suami tercinta. Loving couple. 3 anaknya yang masih kecil. Sering dikongsi dalam Facebooknya Shadiya Abbas.
Mula-mula saya jadi rapat dengannya setelah pm dia lepas accident yang sangat teruk. Tengok kereta semua macam ingat dia mati. Rupanya saat itu Allah kata belum ajal. Kagum dengan semangatnya. Allah.
Maukan semua tak terkejut.. Buka hp sebelum Subuh tadi saya dapat Whatssap tentang kematiannya. Dia cergas ceria seperti biasa. Baru je sembang-sembang dalam group para asatizat share tentang masakannya ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) ini. Banyak sangat sharing beliau. Hatta dalam PKP pun aktif berkuliah Skype, Zoom dan lain-lain.
Dia baru sambung Master. Beria dia ajak saya sekali; amek psikologi dan kaunseling. Allahu. Misinya besar. Mindanya luas. Namun ALLAH swt lebih menyayanginya.
Saat ini, sayu mmbaca FB suaminya. Disebabkan takdir-Nya meninggal musim Covid-19 dan malam tadi suaminya bawak ke emergency sebab sesak nafas. Pihak hospital simpan jenazah untuk double check sama ada positif Covid-19 atau tidak. Allahu. Kuatlah duhai suami mulia dan seluruh ahli keluarga yang menyayanginya. Semoga almarhumah yang baik ini menanti kalian di syurga untuk kekal bersama selamanya.
Ya Rob… aku amat terkesan. Kerana apa yang biasa dia lontarkan dalam kuliah-kuliah pengajian adalah yang sama biasa aku ucapkan. Dia update FBnya dengan doa ingin sampai ke Ramadan. Ternyata Allah jemput dia pulang sebelum Ramadhan. Allah. Anak-anak muridnya adalah anak-anak muridku jua. Ramai sungguh yang ingin ziarah. Namun apakan daya di musim-musim begini. Kita doakan almarhumah kesayangan kita ini ye duhai kesayangan ustazah sekalian.
Kita doakan jenazah yang baik ini segera disempurnakan dengan penuh kebaikan. Rohnya diangkat ke langit Allah penuh kemuliaan. Kami menjadi saksi dia sahabat mulia yang sering mengajak kami kepada kebaikan. Bahasa suaminya yang amat reda akannya amat aku cemburui.
– dipetik dari Facebook Muzayyanah Abdullah
Ustazah Shadiya Abbas pernah tampil menjadi pengacara di beberapa program berbentuk keagamaan di kaca TV. Antaranya, menjadi pengacara dalam program Haiwan Teladan di TV3 pada tahun 2009.
Semoga rohnya dicucuri Rahmat, dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan solehah. Salam takziah diucapkan dan berharap agar keluarga arwah diberik ketabahan menghadapi kehilangan ini.