in

Sezairi Lancar Single Terbaru JANGAN COBA BERLARI

Sejurus kejayaan single pertama “Sayang”, artis Sony Music Entertainment, seorang penyanyi dan penulis lagu yang berbakat besar Sezairi muncul dengan single kedua berjudul “Jangan Coba Berlari”.

Ditulis dan diilhamkan oleh penyanyi serta penggubah lagu berbakat besar Tulus dan Ari Renaldi dari Indonesia, single ini telah dihasilkan di Aru Studios bertempat di Bandung, Indonesia.

Sezairi

Single ini menceritakan tentang peri pentingnya sesebuah perhubungan – zon selesa. Sesetengah perhubungan sudah ditakdirkan terikat. Tak kira berapa jauh kita cuba berlari, pastinya kita akan kembali kepada si dia yang memberikan keselesaan yang terbiasa. Dan apabila kita berada di dalam zon tersebut, kesemuanya terasa bagaikan semulajadi.

“Saya mahukan pendekatan yang baru dan lebih segar terhadap muzik saya dan Tulus menterjemahkannya ke dalam sebuah ciptaan yang sungguh mantap. Saya berasa seronok sepanjang berlangsungnya proses rakaman single ini,” jelas Sezairi.

“Kami rasa sangat bertuah serta gembira dengan kehadiran Sezairi di bawah naungan Sony Music Entertainment kerana bakat besar yang dimilikinya. Banyak kejayaan yang mampu diperolehi melalui penggabungan ini kerana kami yakin bahawa beliau mempunyai kriteria yang diperlukan untuk menjayakan sesebuah penghasilan. Oleh itu, saya percaya dengan kebolehan Sezairi bukan sahaja sebagai penyanyi yang hebat bahkan sebagai penghibur yang serba boleh. Kami di Sony Music Entertainment menghargai setiap kerjasama yang diberikan oleh beliau dan sungguh teruja dengan projek-projek yang bakal mendatang!” jelas Julius Ng selaku Pengarah Urusan Sony Music Entertainment Malaysia dan Singapura.

“Jangan Coba Berlari” boleh dimuat turun di iTunes dan Spotify seluruh Negara.

Sezairi

Sezairi

Mengenai Sezairi

Sezairi telah membina reputasi sebagai salah seorang penghibur Asia yang sedang meningkat naik dan berpotensi besar.Beliau mula dikenali ramai terutamanya di Malaysia, Indonesia serta tanah kelahirannya Singapura, bukan sahaja kerana bakat yang dimilikinya tetapi kebolehan beliau untuk memukau penonton pada setiap persembahan pentas. Pernah dipaparkan di dalam majalah Rolling Stones Indonesia sebagai salah seorang artis yang perlu diberi perhatian bagi tahun 2014, Sezairi juga pernah berkolaborasi dengan bintang antarabangsa Ricky Martin dalam lagu FIFA World Cup Supersong “Vida” dengan penyanyi dari Malaysia Alif Satar serta Judika dari Indonesia. Bukan itu saja, beliau bakal membintangi watak utama dalam filem sejarah “1965” terbitan MM2 Entertainment. Baru-baru ini, Sezairi tercalon sebagai Artis Paling Popular (Singapura) dan lagu “Sayang” sebagai Lagu Terbaik (Singapura) di Anugerah Planet Muzik 2014. Beliau juga merupakan artis Singapura pertama yang mendapat tawaran promosi di Indonesia dan peluang besar ini pastinya membuka lebih banyak ruang untuk beliau menerokai pasaran muzik Nusantara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kemewahan Hotel Rosewood Beijing

Rancangan Menarik di HISTORY Minggu Ini February 2015