SEVENTEEN yang ditubuhkan pada 17 Januari 1999 mula dikenali pada tahun 2003 menerusi Single Hits nya Cobalah dan Jibaku yang dipetik dari album pertama mereka yang berjudul BINTANG TERPILIH. Album ini telah diterbitkan oleh syarikat rakaman Universal Music Indonesia. Selain lagunya yang telah tersenarai sebagai top chart di radio-radio Indonesia, SEVENTEEN juga semakin dikenali apabila lagu Jibaku telah diambil sebagai soundtrack sinetron “Inikah Rasanya†untuk siaran disalah sebuah stasyen television swasta nasional Indonesia.
Tidak Sampai Di Situ!
Semangat untuk terus menjadi sebahagian dari industri musik Indonesia dibuktikan oleh SEVENTEEN disaat melahirkan album ke-2 mereka pada 17 Oktober 2005 yang berjudul SWEET SEVENTEEN dengan single hits nya: Jika Kau Percaya dan Seisi Hati. Album Sweet Seventeen ini diterbitkan oleh Universal Music Indonesia dan Bravo Music Entertainment. Dengan single ini pun SEVENTEEN mampu menempatkan diri mereka di dalam chart-chart radio yang menjadi halwa telinga remaja Indonesia.
Lelaki Hebat
Pada pertengahan bulan Mac 2008, SEVENTEEN telah kembali dengan hits terbarunya: Slalu Mengalah, Untuk Mencintaimu dan Jalan Terbaik yang dipetik dari album ke-3 mereka. Album ke-3 yang diberi judul LELAKI HEBAT ini telah melakukan sebuah perubahan besar. Antara perubahan tersebut apabila SEVENTEEN harus berpisah dengan Doni(Vokal) dalam konteks profesionalisme kerja. Namun hal ini tidak mematahkan semangat anggota SEVENTEEN yang lain. Setelah Doni meninggalkan SEVENTEEN, mereka telah mengadakan sessi uji bakat untuk mengisi posisi sebagai Penyanyi SEVENTEEN. Setelah uji bakat dijalankan selama 2 bulan, akhirnya terpilihlah Ifan sebagai pengganti Doni.
Selain pertukaran Ifan sebagai penyanyi baru SEVENTEEN, musiknya turut berubah. Musik SEVENTEEN ketika ini adalah kelahiran dari perubahan yang terjadi dalam kumpulannya baik secara group mahupun individu. Memang tidak dinafikan, apabila seorang vokalis diganti maka terciptalah suasana yang berbeza dengan karya-karya sebelumnya. Karakter vocal Ifan dengan lenggok melayu tapi juga memiliki unsur rock menawarkan suasana yang lebih fresh. Dari segi persembahan dan muzik SEVENTEEN tampil lebih matang. Hal ini terbukti dari sound gitar, drum dan bass yang dilihat lebih terkonsep. Perubahan lainnya adalah sentuhan piano dan string serta brass section di beberapa lagu yang membawa lagu-lagu SEVENTEEN pada atmosfera baru.
Akhirnya, perubahan ini telah disokong dan dibantu oleh syarikat rakaman MI2 Music Production. Untuk menerbitkan album ke-3 SEVENTEEN. Sokongan penuh oleh pihak MI2 Music Production untuk menerbitkan album LELAKI HEBAT dan pihak Nagaswara sebagai Pengedar ini terlihat selepas mereka mencapai kata sepakat kedua belah pihak baik dari band SEVENTEEN sendiri maupun pihak MI2 Music Production. Setelah menjalani proses yang panjang akhirnya album LELAKI HEBAT ini mula menjengah pasaran.
Â
Album inipun dinilai oleh banyak pihak lebih berkualiti dari album album sebelumnya baik dari segi audio, video klip, dan artwork. Kualiti yang bagus dari segi lagu, audio, video klip dan artwork ini pun diakui oleh Global TV dan Jaringan Media MNC apabila Global TV telah memilih untuk menjadikan SEVENTEEN sebagai Global TV Artist of The Month (dalam program MTV Hot Seat) untuk bulan Mac dan April. Perjuangan SEVENTEEN yang penuh komited dan sikap tidak pernah berputus asa ini semata-mata dengan tujuan menjadi sebahagian dari Industri musik Indonesia. Semoga karya yang dimiliki SEVENTEEN di album LELAKI HEBAT ini dapat terus diterima dengan baik oleh masyarakat baik di Indonesia mahupun di peringkat antarabangsa.