Bahkan, sebagian V.I. P (gelaran buat fans BIGBANG), menginginkan Seungri keluar dari grup yang mempopularkan namanya. Komuniti fans online BIGBANG, DC Big Bang Gallery menuntut agensi yang menaungi BIGBANG, YG Entertainment untuk menghalau keluar Seungri dari boyband tersebut.
Tak lama kemudian, Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun dengan rela hati mengumumkan untuk bersara daripada bidang seni selepas didakwa menyediakan pelacur untuk pelabur asing di kelab peribadi miliknya.
Seungri, atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun, 28, mengumumkan keputusan itu sehari selepas dakwaan berkenaan, yang menyebabkan saham Agensi YG Entertainment Inc, miliknya menjunam sehingga 14 peratus, lapor Reuters.
Menurut AFP, Seungri disoal polis pada hujung minggu lalu berhubung tuduhan terbabit.
“Saya rasa sudah tiba masa untuk bersara daripada bidang seni,”
– Seungri di Instagramnya
Dia berjanji bekerja sama dengan polis dalam siasatan mereka, selain memohon maaf kepada peminatnya kerana dianggap ‘pengkhianat bangsa.’
Tuduhan itu dinafikan Seungri bulan lalu, apabila media tempatan melaporkan pembabitannya dengan ‘rasuah seks.’
Ttindakan Seungri tarik diri daripada BIGBANG ni sebenarnya ada baiknya sebab at least kes tu tak ganggu teammate yang lain.
Skandal itu berlaku menjelang penyertaan Seungri dalam perkhidmatan ketenteraan.
Menurut kata seorang blogger, Ainaa menggesa agar peminat tidak mudah buat tuduhan melulu kerana kes masih dalam siaratan polis.
“Cuma Ainaa harap korang as fans hentikan segala fitnah atau gosip yang tengah panas sekarang ni. Kita sendiri tak tahu kebenaran berita itu. So why not just keep silent dan biarkan kes ini diselesaikan oleh pihak berkuasa Korea. Whatever it is, keep supporting BIGBANG!”
– Ainaa