Salah seorang penyanyi kumpulan Big Bang yang lebih dikenali dengan panggilan Seungri, didakwa kerana menyediakan khidmat pelacur kepada pelabur asing di kelab hiburan yang diusahakannya.
Ekoran dakwaan itu, saham syarikat YG Entertainment iaitu satu daripada tiga agensi pencarian bakat terbesar K-pop, telah merudum sebanyak 14.2 peratus yang berada di tahap terendah sejak November 2018.
Polis telah mengeluarkan waran untuk menggeladah kelab ARENA kerana ia adalah sebahagian daripada siasatan kes pelacuran melibatkan Seungri. Jadi boleh dikatakan isu berbalas mesej di KakaoTalk untuk mendapatkan pelacur bagi rakan perniagaannya kemungkinan besar adalah benar.
Dilaporkan polis telah menjumpai data berkaitan kes tersebut namun tidak didedahkan kepada umum kerana masih dalam proses siasatan. Terdapat tiga ke empat lagi individu yang terlibat dalam komunikasi menerusi KakaoTalk turut disoalsiasat.
Namun, pada jam 2.30 petang tadi, polis telah keluarkan nota rasmi di mana Seungri kini akan dianggap sebagai suspek dalam siasatan yang akan datang.
Namun, Seungri, 29, tidak memberikan apa-apa penjelasan selepas dikeluarkan kenyataan tersebut serta gagal dihubungi untuk diberikan penjelasan.
Pihak polis turut tidak dapat dihubungi bagi memberikan maklum balas terkini berkaitan isu itu.
Bagaimanapun, tuduhan tersebut dinafikan oleh pnyanyi yang berusia 28 tahun itu, sewaktu media tempatan melaporkan tentang pembabitannya dengan isu ‘rasuah seks.’
Saham YG Entertainment kembali merudum sehingga 21.9 peratus sebaik sahaja pihak media mengeluarkan laporan.
Sehubungan itu, susulan laporan media pada Februari lalu, YG Entertainment menafikannya dengan mengatakan ia adalah laporan palsu dalam satu kenyataan.
Agensi itu tetap mengekalkan pendirian mereka hari ini. Skandal itu berlaku sewaktu penyertaan Seungri dalam perkhidmatan ketenteraan.
Menurut agensi itu, penyanyi itu dijangka menyertai tentera pada bulan ini untuk memenuhi tugas ketenteraannya.