in , ,

Seungri Disoalsiasat Atas Tuduhan Jadi Bapa Ayam

‘Berani kerana benar’, begitulah pepatah yang sesuai diberikan buat Seungri yang tetap teguh dengan pendiriannya walaupun diasak dengan tekanan orang ramai disebabkan kontroversi mahupun fitnah yang mungkin direka ke atasnya.

Tanggungjawab ini dipikulnya dengan penuh berani meskipun kontroversi penyeludupan dadah dan pelacuran mampu menjatuhkan reputasinya sebagai artis Kpop terkemuka dalam sekelip mata saja.

Pada pagi tadi, Seungri telah menghantar petisyen sendiri kepada pihak polis bahawa beliau sendiri akan ke sana tanpa perlu diiring. Ia bagi memudahkan siasatan pihak polis tentang dakwaan Seungri sebagai ‘bapa ayam’ yang didedahkan oleh portal media SBSFun E.

Setakat ini, SBSFun E menegaskan bahawa sumber mereka adalah tulen dan bukan direka-reka yang mana dinafikan sepenuhnya oleh YG.

Manakala bagi pihak YG, Seungri membuat kenyataan balas menafikan penglibatannya di dalam kegiatan pelacuran tersebut dan berjanji akan berkerjasama dengan pihak polis bagi membersihkan nama baiknya dengan segera.

“Saya akan pastikan diri disiasat pihak polis supaya kebenaran berhasil. Oleh itu, saya hantar petisyen pada pihak polis supaya jalankan siasatan sejak pagi tadi.”

“Saya telah membuat masalah dengan berbagai-bagai kontroversi, maka dengan ini, saya ingin memohon maaf kerana membuatkan kalian marah.”

– Seungri

Agensi hiburan YG dalam satu kenyataan berasingan menyatakan pihak polis akan mengambil sampel air kencing dan rambut.

Seungri

Maka lebih kurang jam 9.00 malam tadi, Seungri dengan berbekalkan wajah yang sugul didapati telah berjalan masuk dari balai polis.

Setelah lebih 8 jam disiasat dan kenyataannya direkodkan, Seungri keluar sambil diterjah oleh beberapa orang wartawan di luar. Beliau kemudiannya terus dibawa masuk ke dalam kereta sebelum beredar dari balai polis tersebut.

Kontroversi melanda Seungri dan G Dragon ini telah menjatuhkan saham syarikat YG ke paras terendah semalam. Selain disiasat atas khidmat seks ditawarkan kepada pelanggan kaya, Seungri juga dituduh sebagai orang penting dalam aktiviti penyeludupan dadah berlaku di kelab Burning Sun di bawah kendaliannya.

Ia rentetan daripada pergaduhan besar dan salah laku seks yang berlaku di kelab tersebut lalu pada November lalu sehingga tular dan mendapat perhatian netizen.   

Seungri

Juga lebih menarik lagi, artis-artis di bawah jagaan YG tak pernah terlepas daripada tuduhan penyalahgunaan dadah beberapa tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan syarikat itu kadang-kadang digelar sebagai ‘Yak Gu’, kartel penyimpanan dadah di Korea.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misteri Lima Hari Hilang, Pembantu Peribadi Black Ditemui

Dance Your Way To Cash Prizes Contest